Sihat

Doktor Kongsi Makanan Kena Elak Jika Ada Gout, Bukan Hanya Seafood & Daging Sahaja

129
SHARES
MAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT

Bila berbicara makanan untuk pesakit gout, pasti seafood dan daging sahaja yang ada di fikiran dan perlu dielakkan. Sebenarnya, bukan dua makanan itu sahaja perlu dikurangkan tetapi ada beberapa makanan lain perlu dikawal pengambilannya sekiranya anda mengalami masalah asid urik yang tinggi di dalam badan.

Menerusi perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya, makanan tersebut sering diambil dalam kehidupan seharian kerana beranggapan ia sesuai untuk pesakit gout.

Baca juga: Ternyata Minum Air Lemon Cengkih Memang Berkesan Untuk Rawat Batuk, Selesema & Migrain

MAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT, INI YANG ANDA KENA TAHU

MAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT

Kajian ke atas 270 jenis makanan menunjukkan hati ayam, ikan bilis dan supplement spirulina adalah antara yang tinggi bahan purine.

Kepada yang ada masalah gout, makanan tinggi purine boleh mengakibatkan gout jika diambil berlebihan.

Hati ayam:312 mg/100g
Bilis:1108 mg/100g
Spirulina:1269 mg/100g (supplement)

Purine juga banyak dalam organ dalaman lain. Daging merah juga tinggi purine berbanding daging putih.

Daging eloknya dibasuh sebelum dimasak untuk mengurangkan kandungan purine. Dinasihatkan agar kurangkan pengambilan kuah daging kerana bahan purine banyak dalam kuah.

Elakkan ambil madu tiruan dan produk makanan atau minuman yang menggunakan high fructose cor syrup.

Kurangkan ambil sayur asparagus, bayam, kubis bunga dan cendawan. Kajian oleh Dr Mark M mendapati bahawa mereka yang ambil soya lebih rendah risiko gout, berbanding mereka yang kurang ambil soya.

SUMBER ALAMI BAGUS UNTUK GOUT

Antaranya adalah:

  • Peria
  • Bunga krysanthemum
  • Kulit kayu manis
  • Cekur
  • Mengkudu hutan
  • Daun betik
  • Empulur nanas

Buah betik dan nenas adalah antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ini kerana disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yang dikenali sebagai papain dan bromelain. Bromelain banyak dalam empulur nenas.

Enzim papain dari betik bersifat anti radang, membantu tubuh jadi beralkali dan menghalang peningkatan asid urik. Enzim-enzim ini juga membantu penghadaman protin.

Sumber-sumber alami lain yang boleh digunakan adalah misai kucing, ceri, saderi, buah belinjau dan kunyit (curcumin)

Jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor sekiranya terlalu serius. Jaga pemakanan ya.

Baca juga: Khasiat Kunyit Hitam Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki, No 3 Paling Tak Sangka!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

Kredit imej: Maangchi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×