Dapur

Resepi Cucur Badak Paling Mudah, Nak Lebih Sedap Kena Letak 1 Bahan Ini Dalam Inti

48
SHARES
RESEPI CUCUR BADAK

Setiap petang kalau makan cucur bawang pun bosan juga kan? Apa kata tukar menu iaitu cuba resepi cucur badak seperti perkongsian Puan Noor Ain Umairahariz Baba di laman Facebooknya.

Nak lebih mudah, boleh buat adunan banyak-banyak dan frozenkan sahaja. Bila nak goreng, tinggal buka sahaja peti ais. Tak perlu susah payah beli di kedai. Sedapnya!

Baca juga: Dapat 163K Shares Di Facebook, Ini Resepi Sup Thai Viral Terpaling Sedap & Kick!

RESEPI CUCUR BADAK PALING SEDAP & MUDAH

RESEPI CUCUR BADAK

Bahan-bahan:

  • 500gm keledek oren
  • 180gm tepung gandum
  • 1tbsp butter
  • Sedikit garam

Bahan-bahan inti:

  • 1 biji kelapa parut putih.
  • 5 tangkai cili kering rebus
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 batang serai
  • Semangkuk/segenggam ikan bilis

Cara penyediaan inti:

1. Kisar semua bahan di atas kecuali kelapa.

2. Masuk bahan kisar tadi bersama kelapa, sedikit air asam jawa, garam dan gula cukup rasa.

3. Saya letak 2 hingga 3 helai daun limau. Kacau dengan api perlahan sehingga serunding kelapa kering.

Cara penyediaan kuih:

1. Rebus keledek sehingga empuk dan lenyek ketika panas.

2. Biarkan suam baru tambah butter dan garam.

3. Gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Adunan memang lembut ya.

4. Sapu sedikit minyak dekat tangan supaya adunan tak melekat.

5. Timbang 40gm dan isi inti serunding di dalamnya. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

6. Buat sampai habis adunan. Goreng menggunakan minyak panas dengan api perlahan sehingga warna perang keemasan.

Sedia untuk dihidangkan. Kalau nak frozenkan, boleh goreng separuh masak dan simpan di tempat sejuk beku.

Selamat mencuba!

Baca juga: 30 Idea Menu Bekal Anak Ke Sekolah, Confirm Makan Sampai Habis & Tak Bosan!

Sumber: Facebook Noor Ain Umairahariz Baba

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×