Cantik

DIY Mask Guna Asam Jawa Kalau Nak Jerawat Kecut & Putihkan Kulit Dengan Cepat

28
SHARES
CARA CERAHKAN KULIT MUKA

Antara cara cerahkan kulit muka adalah dengan menggunakan mask asam jawa buatan sendiri seperti perkongsian Rubiey Redzuan di laman Facebooknya.

Bukan setakat boleh memutihkan tetapi ia juga berfungsi untuk memudarkan parut jerawat dan melembutkan kulit. Wah! Memang tak sangka.

Baca juga: Petua Kecantikan Kulit Guna Beras Macam Nenek Selalu Buat, Barulah Lawa!

CARA CERAHKAN KULIT MUKA GUNA MASK ASAM JAWA

CARA CERAHKAN KULIT MUKA

Selepas pakai masker ni parut jerawat pudar, jerawat kecut dan muka cerah. Bila sentuh pipi memang lembut sangat! Guna dua bahan sahaja untuk dapatkan kulit cantik berseri. 

Bahan-bahan: 

  • 1 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan tepung pulut/tepung beras

Cara penyediaan: 

1. Bancuh asam jawa dengan sedikit air.

2. Kemudian buang biji asam jawa dan masukkan tepung pulut.

3. Kacau sehingga sebati.

4. Kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.

5. Sapu dekat muka. Sebelum pakai baca bismillah dulu, ketika sapu selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali.

6. Biarkan sehingga kering dan bilas.

Kulit muka akan menjadi lembut dan cantik. Rugi kalau tak pernah cuba masker asam jawa ini.

Selain kecantikan, asam jawa juga boleh membantu:

  • Menurunkan berat badan
  • Mencegah ulser peptik (luka pada bahagian dalam perut)
  • Menurunkan bacaan gula dalam darah
  • Membantu sistem pencernaan
  • Menjaga kesihatan hati
  • Menangani masalah alergik

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak ‘Confident’ Kulit Berminyak? Atasinya Dengan 6 Tips Paling Berkesan Ini

Sumber: Facebook Rubiey Redzuan & Healthshots

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×