Nur

Baca Doa Ini Apabila Menjelang Umur 40 Tahun Sebagai Tanda Syukur & Insaf

2
SHARES
umur 40 tahun

Apabila menjelang umur 40 tahun, terdapat satu doa yang boleh dibaca. Menerusi perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bacaan doa ini sebagai tanda syukur, insaf dan pengharapan.

Sekiranya masih ada dalam kalangan anda yang belum tahu mengenai doa umur 40 tahun, boleh ikuti penjelasan artikel ini sehingga habis.

Baca juga: Ambil Wuduk Sambil Korek Hidung @ Bersembang, UAI Jelaskan Hukumnya!

DOA UMUR 40 TAHUN ANDA KENA BACA SEBAGAI TANDA SYUKUR

umur 40 tahun

Doa yang dimaksudkan itu merupakan potongan daripada firman Allah SWT:

وَوَصَّيْنَا الإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

“Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, dia berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk golongan yang menyerah diri kepada-Mu).” Surah al-Ahqaf (15)

Sebahagian ulama berpendapat bahawa ayat ini dianjurkan untuk dibaca sebagai doa tatkala umur mencapai 40 tahun dan amalan ini ada diriwayatkan daripada golongan salaf.

Syeikh Wahbah al-Zuhaily menjelaskan:

على الإنسان أن يشكر نعمة الله عليه إذا بلغ أربعين سنة، وهي مرحلة كمال العقل والبنية، وأن يطلب من الله تعالى توفيقه للعمل الصالح الذي يرضيه، وأن يجعل الصلاح ساريا في ذريته، راسخا متمكنا فيهم

Maksudnya: “Apabila seseorang itu mencapai umur 40 tahun yang merupakan marhalah kesempurnaan akal dan fizikal, dia mestilah mensyukuri nikmat Allah ke atasnya, dan memohon taufik daripada-Nya untuk melakukan amal soleh yang diredai-Nya, serta mengurniakan pula kebaikan yang terpasak kukuh pada anak dan zuriatnya.”

Namun doa ini tidak semestinya perlu menunggu 40 tahun kerana ia wajar dilazimi bila-bila masa yang bersesuaian dalam setiap keadaan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 6 Situasi Buka Aib Yang Dibenarkan Dalam Islam, Jangan Asyik Cerita Buruk Orang!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×