Nur

Tentang Usia 40 Tahun Yang Disebut Dalam Al-Quran, Ramai Yang Belum Sedar!

14
SHARES
UMUR 40 TAHUN

Apabila mencapai umur 40 tahun, rata-rataa akan menganggap ia sebagai satu fasa baharu dalam kehidupan kerana perlu mencapai beberapa perkara lain dalam memikul tanggungjawab kehidupan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, ada disebut di dalam al-Quran mengenai umur 40 tahun yang masih ramai lagi dalam kalangan kita tidak tahu.

Baca juga: Empat Waktu Ini Penuh Dengan Keberkatan, Rugi Kalau Buat Aktiviti ‘Lagho’

UMUR 40 TAHUN YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN, RAMAI TAK SEDAR

UMUR 40 TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia 40an

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله – عز وجل – ويعزم عليا.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta’ala.

Dalam ayat yang lain:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

Maksudnya: “Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun”. HR Tirmizi

Justeru, apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun adalah seperti di bawah:

  • Meneguhkan tujuan hidup
  • Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
  • Menjadikan uban sebagai peringatan
  • Memperbanyak bersyukur
  • Menjaga makan dan tidur
  • Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Boleh Ke Lambatkan Mandi Wajib Selepas Habis Haid? Mufti Jelaskan Jawapan Sebenar…

Sumber: Facebook Farid Zaki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×