Nur

Boleh Ke Lambatkan Mandi Wajib Selepas Habis Haid? Mufti Jelaskan Jawapan Sebenar…

2
SHARES
HUKUM LAMBATKAN MANDI WAJIB

Hukum lambatkan mandi wajib seperti haid menjadi tanda tanya golongan wanita kerana adakah tindakan itu wajar atau sebaliknya.

Menerusi laman rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan, persoalan mengenai hukum lambatkan mandi wajib ada dijelaskan di bawah. Ikuti perkongsian penuh ini.

Baca juga: Empat Waktu Ini Penuh Dengan Keberkatan, Rugi Kalau Buat Aktiviti ‘Lagho’

HUKUM LAMBATKAN MANDI WAJIB SEPERTI HAID, BOLEH KE

HUKUM LAMBATKAN MANDI WAJIB

“Apakah hukum sekiranya seseorang wanita melambatkan mandi wajib dengan niat ingin menunggu lagi jika ada darah haid yang masih tertinggal seperti darah di hujung yang warnanya coklat, kerana kadang-kadang darah berhenti sekejap selama satu atau dua hari dan akan bersambung pada hari berikutnya.”

Sekiranya terjadi perkara di atas, anda perlu memeriksa keadaan diri di mana memasukkan kapas atau seumpamanya ke dalam batin alat sulitnya (bahagian faraj yang tidak wajib dicuci ketika istinja’ dan hanya kelihatan ketika mencangkung) lalu didapati pada kapas tersebut ada kesan darah termasuklah warna coklat, maka dia masih berada dalam keadaan fatrah haid, yakni tempoh haid.

Jika di kapas tersebut tidak ada warna darah, coklat atau kekeruhan, maka anda sebenarnya berada dalam keadaan naqa’ yang bermaksud bersih daripada sesuatu.

Daripada sudut hukum, keadaan naqa’ bererti bersih daripada darah haid. Apabila berlaku naqa’ maka, secara zahirnya sudah dianggap berhenti darah haid dan diwajibkan mandi dengan segera. Golongan wanita juga hendaklah melaksanakan kewajipan lain seperti solat dan berpuasa.

Di sisi mazhab ada dua pendapat ulama iaitu:

1. Wanita itu mengambil hukum suci. Justeru dia wajib mandi dan melakukan kewajipan ketika bersuci seperti solat dan puasa. Ini merupakan pendapat Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’.

2. Wanita itu mengambil hukum haid kerana secara zahirnya masih berhaid kerana mengikut adatnya, justeru tidak perlu mandi lagi sewaktu berlakunya intiqita’ (putus) atau naqa’ itu.

Jawapan di atas tidak merujuk kepada kes wanita mustahadah, mubtada’ah (yang baru mengalami haid bulan pertama), kes haid yang mutaqatti` (terputus-putus) kerana beranggapan bahawa soalan ini daripada wanita yang beradat dan keluar darah seperti kebiasaan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Baca Al-Quran Tanpa Tutup Aurat & Tak Pakai Tudung, Tak Sangka Ini Jawapannya!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×