Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna Facebook menjelaskan bahawa ketika berada di sebuah kedai makan, dia terlihat tukang masak tersebut memasukkan sebekas ayam berisi air darah kerana tidak dicuci dengan betul.
Jelasnya tindakan seperti itu masih lagi dipandang ringan dan rata-rata beranggapan ia idak menjadi satu kesalahan. Sebagai ibu, anda perlu mengetahui cara betul cuci bahan mentah seperti ayam, ikan dan daging dengan betul seperti dikongsikan ini.
Baca juga: Manfaat Amalkan ‘Bismillah Lima’ Setiap Hari, Biar Bibir Sentiasa Basah Dengan Ayat Suci Ini
AIR DARAH DARI AYAM,IKAN & DAGING, KENA CUCI BETUL-BETUL
Tadi tengok satu kedai makan melayu, seorang wanita tuang sebekas ayam/daging ke dalam pes yang sudah ditumis tetapi siap dengan air darah yang turun daripada daging itu dituangnya juga.
Secara automatik, tindakan itu telah menajiskan seluruh lauk dalam kuali besar tersebut dan bagi orang makan makanan yang dah mutanajjis.
Syarat pertama nak sucikan bahan mentah adalah mesti ada air lalu dari atas semasa membasuhnya. Bukan longgok dalam besen yang dipenuhi dengan air. Kena lalukan air dari atas dulu sebelum asingkan.
Keduanya, selepas cuci, letakkan atas penapis supaya air atau baki darahnya turun, tak bertakung dalam bekas. Bila darah yang masih keluar masa tengah masak, dimaafkan untuk makan.
Kalau percikan minyak atau kuah kena baju, tak dimaafkan dalam solat (tak boleh bawa solat) kecuali disucikan dengan air mutlak yang mengalir.
Pentingnya dalam kehidupan untuk mengetahui panduan cara hidup bersyariat ikut fiqh yang ditetapkan ulama. Kita masak sendiri dekat rumah pun rupanya tak toyyib, bercampur darah, najis yang tak sedar.
Ingat tak pernah tinggal solat dah selamat, tapi rupanya amal yang cincai juga bakal menjerumuskan kita ke dalam dosa.
Jadi, diingatkan agar sentiasa mencuci bahan mentah dengan betul agar air darah bahan tersebut tidak menjadi najis ketika dimakan. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Doa Ketika Dilanda Angin Kencang & Ribut, Semoga Dalam LindunganNya…
Sumber: Facebook Ruqayyah Ahmad Fuad