Famili

Tak Sanggup Makan Masakan Mak Mentua, Ikan Bau Hanyir & Dapur Kotor. Kembang Tekak!

13
SHARES
MASAKAN MAK MENTUA

Seorang wanita di media sosial meluahkan bahawa dia tidak sanggup untuk makan masakan mak mentua kerana difahamkan keadaan dapur yang sungguh menggelikan.

Jelasnya, jarak rumah ibu sendiri dan mak mentua hanya sekitar 30 minit dan itu membuatkan dia lebih selesa tinggal di rumah ibunya sendiri.

Baca juga: Perangai Narsisistik Menurut Pandangan Islam, Elakkan Sifat ‘Bahaya’ Ini

MASAKAN MAK MENTUA MENGGELIKAN, MENANTU TAK SANGGUP MAKAN

MASAKAN MAK MENTUA

Gambar sekadar hiasan

Tambah wanita itu lagi, ibu mentuanya gemar memasak ikan tetapi dia tidak meminati kerana bau yang hanyir dan tidak boleh diterima.

Bau ikan tersebut seolah-olah tidak dibasuh dengan cara betul sehingga membuatkan loya tekak untuk menerima masakan mak mentuanya itu.

“Ikan mak saya siang tak sama dengan keluarga mentua saya siang, jadi saya rasa ikan itu tak basuh. Kalau dekat kedai pun saya tak ambil ikan sebab tak sama macam mak saya siang dan masak,” katanya.

Ujarnya, air minuman juga dimasak menggunakan periuk dan dipenuhi dengan minyak. Selain itu, wanita ini turut meluahkan bahawa nasi yang dimasak oleh mak mentuanya itu terlalu lembik seperti bubur.

“Family mentua jenis masak nasi selepas subuh dan makan sampai malam. Keluarga saya pula, sarapan makan lain dan untuk tengah hari akan masak nasi lain.

“Setiap kali nak balik rumah mentua, mak saya akan suruh makan siap-siap supaya ada alasan tak makan sana. Bukanlah tak pernah makan sana, tapi saya akan tengok menu dulu,” luahnya.

Wanita ini turut menceritakan hal tersebut kepada rakan-rakannya dan mereka juga difahamkan mengalami masalah yang sama. Dia memberitahu bahawa masakan mak mentua itu sememangnya tidak boleh diterima.

Dia menjelaskan bahawa tiada sebarang masalah hubungan antara mak mentua kerana mereka boleh meluangkan masa bersama untuk berjalan-jalan.

“Kalau mak mentua ajak jalan ke apa semua ok tapi bab makan dan duduk rumah dia, memang tak boleh,” ujarnya.

Baca juga: Baca 8 Nasihat Ini Sebelum Kahwin, Dah Bercinta Lama Tak Semestinya Bahagia

Sumber: Gemilang Daily

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×