Famili

Perangai Narsisistik Menurut Pandangan Islam, Elakkan Sifat ‘Bahaya’ Ini

23
SHARES
Perangai Narsisistik

Perangai narsisistik adalah bermaksud individu yang sering mahukan perhatian, obses dengan kehebatan sendiri dan lain-lain. Tanpa sedar, sebenarnya sifat ini perlu dijauhkan kerana ia bercanggah dengan pandangan Islam.

Pekara ini ada diterangkan dengan lebih mendalam di artikel di bawah. Ikuti penjelasan lanjut. Nampak macam tak ada apa, tapi jaga-jaga!

Baca juga: Ayah Kongsi Pengalaman Bawa Anak Autisme Tunaikan Umrah, Tak Mudah Tapi Tak Mustahil

PERANGAI NARSISISTIK MENURUT PANDANGAN ISLAM, JAUHKAN

PERANGAI NARSISITIK

Antara ciri-ciri orang narsisistik adalah:

1. Suka membangga diri. Merasa megah dengan diri sendiri. Tak boleh orang lebih dari dia. Kalau ada orang yang lebih dari dia, dia boleh mengata orang tu, dia fitnah orang tu. Dia hasut orang lain benci dekat orang yang dia tak suka tu. Jangan main-main dengan orang macam ini.

2. Dia gilakan perhatian. Sukakan perhatian orang. Dia suka tarik perhatian orang. Dia pandai berlakon. Dia pandai curi perhatian orang.

3. Merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Untuk buat dia nampak baik, dia akan burukkan orang lain. Kadang-kadang orang tak perasan sifat dia yang ini. Dia suka kotorkan nama orang untuk nampak dia bersih.

4. Suka orang puji dia. Suka orang ikut cakap dia. Kalau orang tak ikut cakap dia, dia tuduh orang itu sebagai ‘mata-mata’ atau pengkhianat.

5. Suka puji diri sendiri. Suka claim diri sendiri cantik, kacak, baik, pandai dari orang lain.

6. Pandai berlakon dan pandai buat orang percayakan dia.

7. Pentingkan diri sendiri.

8. Apabila dia buat salah, dia tak mengaku itu salah dia. Sebaliknya dia akan kata itu salah orang lain. Jika kesalahan itu diketahui oleh orang lain, dia akan cakap dia jadi macam itu sebab orang lain. Dia tetap akan salahkan orang lain.

9. Suka memandang rendah atau memperlekehkan orang lain.

10. Mudah dengki kepada orang dan menganggap orang lain juga dengki padanya.

Sifat narsisistik boleh memberikan kesan buruk seperti susah nak dapat kawan, selalu ada masalah dalam hubungan sesama manusia dan hidup tak pernah tenang.

Perangai Narsisistik dari sudut Islam

Dalam Islam, sikap narsisistik adalah sifat mazmumah yang terjadi daripada akhlak yang buruk iaitu ujub, riak, takbur dan hasad.

Sikap ini tidak disukai oleh Allah Taala kerana individu sebegini dikatakan mempunyai hati yang buta dalam menilai orang lain serta dirinya.

Jika suami bersifat narsisitik memang bahaya untuk hubungan rumah tangga. Suami tak boleh dinasihati kerana dia rasa dirinya saja yang betul sebab dia itu seorang suami tapi tidak memberi nafkah agama dalam keluarga. Akhirnya habis tunggang langgang keluarga.

Jika isteri bersifat narsisitik boleh mengakibatkan jatuh nusyuz kepada suami kerana tak hormat suami.

Jika ada anak yang bersifat narsisitik boleh menyebabkan derhaka dia kepada ibu bapa. Tak nak dengar cakap mak ayah.

Jika ibu mentua yang punya sifat narsistik, Nauzubillah… ini bahaya. Boleh jadi asbab pergaduhan yang dahsyat dalam keluarga. Banyak realiti kehidupan yang jadi begini sehingga berlakunya penceraian terhadap suami isteri disebabkan keluarga mentua.

Jadi, jauhi sikap sebegini dan sentiasa muhasabah diri.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Trend Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram Jika…

Sumber: Facebook Sha Ramson Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×