Famili

Trend Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram Jika…

14
SHARES
ALAMAK RAYA LAGI

Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ mendapat sambutan ketika Hari Raya Aidilfitri. Rata-rata mengambil peluang menari bersama ahli keluarga sehingga terlupa satu perkara berkaitan agama Islam.

Menurut Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata tarian yang dilakukan boleh membawa kepada hukum haram sekiranya mendedahkan aurat.

Baca juga: Budaya Sebar Kod QR Sendiri Untuk Minta Duit Raya Perlu Dihentikan….

TARIAN LAGU ‘ALAMAK RAYA LAGI’ BOLEH JATUH HARAM

ALAMAK RAYA LAGI

Trend yang dilakukan semata-mata untuk ‘content’ di media sosial itu perlu dielakkan. Hal ini kerana ia boleh menjatuhkan maruah terutama sekiranya wanita mendedahkan aurat.

Jelasnya, tarian yang dilakukan itu juga boleh dipandang negatif kerana mencemarkan kesucian perayaan Aidilfitri yang diraikan oleh umat Islam.

“Sepatutnya perbuatan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada haram.

“Sebarang perbuatan yang negatif sudah pasti mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri itu sendiri,” Jelasnya.

Beliau juga turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan masyrakat Islam yang mudah terikut dengan trend sehingga lupa batas agama.

“Kita kesal dengan masyarakat kita yang suka membuat trending apabila ada sesuatu yang dilihat baharu tanpa berfikir sama ada ia positif atau negatif. Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat supaya jangan mudah terikut-ikut dengan budaya baharu.

“Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, jika tidak, ia dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan budaya harmoni kita,” ujarnya.

Tarian lagu ‘Alamak Raya Lagi’ sebelum ini juga ada ditegur boleh beberapa pendakwah bebas yang lain.

Baca juga: Ada Beza Antara Anak Tak Sah Taraf & Anak Luar Nikah. Jangan Main Pukul Rata Je!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×