Nur

Budaya Sebar Kod QR Sendiri Untuk Minta Duit Raya Perlu Dihentikan….

47
SHARES
MINTA DUIT RAYA

Baru-baru ini tular di media sosial tentang perbuatan meminta-minta duit raya dengan menyebarkan kod QR sendiri kepada orang lain.

Walaupun memberi duit raya dianggap perbuatan sedekah namun anda tidak sewarjarnya mendapatkannya dengan cara menyebarkan kod QR tersebut.

Baca juga: Ini Penjelasan Tentang Hukum Wanita Haid Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri…

JANGAN MEMINTA-MINTA DUIT RAYA DENGAN SEBAR KOD QR SENDIRI

MINTA DUIT RAYA

Budaya menyebarkan kod QR sendiri dengan harapan agar dapat duit raya daripada orang lain perlu dihentikan kerana ia termasuk dalam larangan meminta-minta dalam Islam.

Lebih-lebih lagi sekiranya yang meminta itu adalah daripada golongan yang mampu dan ada kudrat untuk berkerja.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang meminta-minta padahal dia tidak fakir maka seakan-seakan dia memakan bara api.” (Hadis riwayat Ahmad)

Selain itu, orang yang suka meminta-minta daripada orang lain juga akan berdepan dengan keadaan tidak baik seperti sabda Rasulullah SAW:

“Seseorang yang selalu meminta-minta kepada orang lain, di hari kiamat dia akan menghadap Allah dalam keadaan tiada sekerat daging sama sekali pada wajahnya.” (Muttafaq ‘alaih)

Ingatlah bahawa tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima. Mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu.

Setiap Muslim hanya dibenarkan untuk meminta-minta kepada Allah SWT kerana Allah pemberi rezeki dan rahmat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ada Beza Antara Anak Tak Sah Taraf & Anak Luar Nikah. Jangan Main Pukul Rata Je!

Sumber: Facebook Muhammad Iskandar & Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×