Cara susun atur bilik tidur memainkan peranan penting kerana ia boleh membuatkan ruang kelihatan lebih besar sekiranya mempunyai ruang yang kecil.
Jika ibu-ibu berhasrat untuk mewujudkan ruang buku dan pakaian, boleh cuba ikut tips susun atur yang dikongsikan oleh pengguna Facebook iaitu Susun Atur Sioca.
Baca juga: Cara Tanggalkan Lencana Sekolah Anak Yang Ditampal Guna Gam, Mudah & Menjadi!
TIPS SUSUN ATUR BILIK TIDUR, BARU KEMAS & CANTIK
Bilik ketiga di rumah, kami jadikan ruang buku dan baju. Semua rak dirapatkan ke dinding.
- Dua dinding untuk buku.
- Dua dinding untuk baju.
Pembahagian ruang buku seperti berikut:
- Buku sekolah
- Buku bacaan
- Buku universiti
- Fail keluarga
- Stok alat tulis
- Bahan bantu mengajar
- Barang kenangan
- Mainan anak
Senang cerita, semua terkait bahan belajar/bermain/bekerja disatukan di ruang ini.
Pembahagian ruang baju pula:
- Beg travel
- Barang menjahit
- Barang health care
- Ruang cadar & tuala
- Ruang telekung & sejadah
- Ruang kopiah & tudung
- Ruang pelikat & batik
- Ruang barang bersiap
- Ruang barang jarang guna
Di sini pula ada semua baju, kelengkapan bersiap, dan keperluan travel. Baju-baju diurus menggunakan konsep gantung sepenuhnya bagi menjimatkan masa dan tenaga, mudah dipantau, dan tiada lagi ‘gunungan baju’ yang merenung di kejauhan.
Kedua-dua ruang buku dan baju diletakkan di satu bilik dengan ruang zon masing-masing. Ini sangat memudahkan urusan mencari, mengemas, menyusun atur, dan menyisih barang.
Baca juga: Cara Mohon Kemasukan Prasekolah KPM, Dibuka Bermula 1 Mac Ini
Sumber: Facebook Susun Atur Sioca