Famili

Kesian Si Bulus Tinggal Sorang Di Rumah, Ini 15 Tips Bawa Kucing Travel Balik Kampung

18
SHARES
tips bawa kucing travel

Sebagai pencinta kucing, pasti tidak sampai hati mahu meninggalkan haiwan kesayangan di rumah keseorangan kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Walaupun wujudnya hotel untuk si bulus tetapi hati lebih gembira sekiranya dapat membawa kucing kesayangan pulang ke kampung halaman juga. Lama-lama mereka pun tertekan juga duduk terperap di tempat penjagaan terlalu lama. Betul tak?

Jadi, kalau nak balik kampung bersama haiwan peliharaan, pastikan anda ikut 15 tips bawa kucing travel menaiki kereta seperti di bawah.

Baca juga: Takut Nak Tinggal Rumah Lama-Lama Masa Raya? Ini Tips Elak Kediaman Kena Pecah Masuk!

15 TIPS BAWA KUCING TRAVEL BALIK KAMPUNG MENAIKI KERETA

TIPS BAWA KUCING TRAVEL

1. GUNAKAN CARRIRER/CAGE

Cara paling selamat dan senang nak bawa kucing naik kereta dengan tenang adalah menggunakan carrier. Sebab itulah perlu ada carrier.

Walaupun tidak digunakan selalu, akan guna untuk perkara yang penting. Contohnya untuk travelling atau nak bawa kucing ke klinik. Ada carrier senang sebab tak perlu risau kucing berlegar-legar di dalam kereta. Lebih bahaya jika kucing pergi ke bahagian pemandu.

2. LATIHAN

Untuk permulaan, pastikan guna bantuan carrier dan mulakan dengan perjalanan singkat. Objektifnya, mahu kenalkan kucing dengan bau kereta dan situasi kereta yang bergerak.

Sekiranya kucing nampak selesa dan biasa, boleh tambah jarak perjalanan dari masa ke semasa.

3. BERI GANJARAN

Bawa kucing naik kereta boleh menjadi pengalaman yang gembira untuk kucing. Selepas selesai sesi meronda, tidak salah untuk berikan sedikit ganjaran sebelum turun dari kereta.

4. SEDIAKAN SATU BEG KHAS

Sebaiknya, sediakan satu atau dua beg khas keperluan kucing. Nak lebih mudah, kibbles dan pasir kucing masukkan dalam bekas tertutup dan bukan dalam plastik asal. Lebih kemas dan mudah nak dibawa.

Apabila nak bawa kucing naik kereta balik kampung, barulah senang dah ada begnya sendiri. Tak adalah anda tercari-cari barang keperluan kucing di sana sini.

5. PUASAKAN KUCING

Yang ini perkara penting sekali. Bukan puasakan kucing seperti sebelum nak mandulkan kucing itu. Cukup hanya puasakan kucing 3 hingga 4 jam sebelum bertolak supaya kucing ada masa berak dan kencing sebelum bertolak.

TIPS BAWA KUCING TRAVEL

6. JANGAN LETAK MAKANAN & MINUMAN DALAM CARRIER

Mungkin anda rasa nak mudahkan kucing makan apabila ia rasa lapar. Sebenarnya lebih menyulitkan keadaan kerana air akan tumpah.

Kucing akan jadi stres sebab ruang dalam carrier basah dan bersepah. Lebih mudah dengan tidak meletakkan sebarang makanan atau minuman di dalam carrier/cage.

7. ASINGKAN SEDIKIT MAKANAN KUCING

Asingkan sedikit makanan kucing dan simpan di tempat yang mudah dicapai untuk diberikan kepada si bulus.

8. GUNA ALAS UNTUK CARRIER/CAGE

Anda boleh guna tuala, kain, atau pelapik khas kucing. Buat tebal-tebal supaya sedap seperti kerusi kereta yang empuk. Alas juga berguna sekiranya kucing tiba-tiba membuang air.

Sekurang-kurangnya ada kain alas dan boleh ditukar dengan mudah. Apa-apa jenis alas yang digunakan, pilihlah yang kucing anda paling selesa.

9. TUTUP CARRIER DENGAN KAIN

Ada juga situasi di mana kucing kelihatan resah walaupun setelah menggunakan carrier. Sekiaranya anda mengalami situasi begitu, cuba tutup carrier dengan kain.

Tetapi, pastikan juga kucing ada ruang udara untuk bernafas. Suasana yang gelap seperti gua, seolah-olah tempat persembunyian yang sempurna membuatkan kucing akan merasa lebih selamat dan tenang.

10. BACA DOA

Dalam hati niatkan perjalanan dipermudahkan dan kucing berperangai baik sahaja sepanjang perjalanan. Ulang 2 hingga 3 kali semasa nak mulakan perjalanan.

Dengan izin Allah kucing akan lebih tenang sepanjang perjalanan. Sambil-sambil itu jangan lupa untuk berzikir, dan berselawat.

TIPS BAWA KUCING TRAVEL

11. HATI-HATI SEMASA MEMBELOK

Bawa kucing dalam kereta ini, gaya pemanduan kena berhemah seperti ada bayi dalam kereta. Amalkan gaya pemanduan yang betul untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.

12. PAKAI LEASH

Anda juga boleh menggunakan leash sebagai alternatif sekiranya menggunakan pet carrier. Kaedah ini boleh digunakan sekiranya ada individu lain yang boleh menjaga dan memerhatikan kucing sepanjang perjalanan.

13. GUNA PASIR KUCING SCENTLESS

Kucing dalam carrier ada alas sebagai langkah keselamatan. Bagi kucing yang bebas di dalam kereta, mungkin anda nak sediakan satu bekas pasir kucing.

Sekiranya anda memilih begitu, gunakan pasir kucing yang tiada bau (scentless) atau gunakan yang natural scented. Bau pewangi daripada pasir kucing mungkin terlalu kuat untuk keadaan kereta yang tertutup.

14. BUKA PINTU BERHATI-HATI 

Terutamanya jika kucing tidak duduk di dalam carrier, berhati-hatilah membuka pintu kereta untuk mengelakkan kucing anda meluru keluar di tempat awam.

15. GUNAKAN UBAT PELALI

Selain usaha-usaha fizikal, anda boleh memilih menggunakan ubat pelali. Ubat pelali khas untuk bawa kucing travel. Jadi, kucing akan tidur sepanjang perjalanan.

Ubat ini boleh didapati di klinik veterinar. Bincang dengan doktor jenis ubat, dos yang terbaik dan sesuai dengan kesihatan kucing pada masa itu.

Inilah sedikit sebanyak strategi yang boleh dicuba untuk membawa kucing pulang ke kampung halaman. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Catzonia KL

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×