Famili

Takut Nak Tinggal Rumah Lama-Lama Masa Raya? Ini Tips Elak Kediaman Kena Pecah Masuk!

13
SHARES
pecah rumah

Ketika musim perayaan, rata-rata orang pasti mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman meluangkan masa bersama keluarga setelah beberapa lama tidak balik.

Sebelum memulakan perjalanan ke desa, pastikan rumah dikunci untuk mengelakkan kes jenayah. Ini kerana, dalam kita bergembira, ada juga yang melakukan kerja jahat.

Jadi, untuk memastikan rumah tidak dimasuki penjenayah, ini 10 tips elak pecah rumah waktu musim perayaan.

Baca juga: Hati-Hati Nak Cuci Ayam, Kalau Tak Betul Bersih, Ia Penyebab Makanan Bernajis!

TIPS ELAK PECAH RUMAH WAKTU MUSIM PERAYAAN

pecah rumah

1. Jika nak balik cuti raya puasa ini, belilah tanglung cina dan gantung depan pintu rumah. Mesti pencuri akan ingat itu rumah orang cina yang tak balik raya.

2. Pasang lampu yang ada timer automatik. Ia hanya menyala pada waktu malam sahaja bagi mewujudkan suasana rumah kita itu berpenghuni.

3. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki atau pun dalam rak kasut di luar rumah.

4. Jangan update status di media sosial dan Whatsapp group taman yang menyatakan anda akan balik beraya ke kampung selama 7 hari 7 malam.

Contoh #BalikKampung. Jangan tak tahu mungkin ada musuh yang sedang memerhati.

5. Hentikan pesanan order Shoppee dan Lazada seminggu sebelum bercuti. Barang-barang yang dilonggok depan rumah akan menarik perhatian penjenayah.

6. Jangan tinggalkan barang kemas dan wang tunai di rumah. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan. Jika tiada peti keselamatan, sembunyikan di tempat yang luar jangkaan akal manusia.

pecah rumah

7. Jangan sidai kain baju di balkoni atau di tempat parkir kereta ketika ingin pulang bercuti ke kampung. Kain yang tidak berangkat akan dipantau oleh penjenayah.

8. Pasang sistem penggera dan CCTV di rumah yang boleh dilihat daripada telefon pada bila-bila masa sekiranya anda berkemampuan.

9. Pastikan tangga, peralatan bertukang dan berkebun disimpan dalam stor agar ianya tidak digunakan oleh penceroboh untuk memecah masuk ke dalam rumah.

10. Kemaskan barang di luar rumah. Pastikan tiada barang di sekitar rumah yang boleh digunakan oleh penjenayah untuk memasuki rumah.

Semoga perkongsian ini menjadi panduan berguna untuk anda semua yang akan pulang beraya ke kampung halaman tidak lama lagi. Ingatlah bahawa jenayah itu berlaku apabila adanya kesempatan dan peluang. Cegahlah sebelum ia terjadi.

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kunyit Paling Mudah, Hasilnya Memang Puas Hati!

Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×