Nur

Hati-Hati Nak Cuci Ayam, Kalau Tak Betul Bersih, Ia Penyebab Makanan Bernajis!

11
SHARES
MAKANAN BERNAJIS

Hukum berkaitan pemakanan, apa yang halal dan apa yang tidak halal pada pandangan syarak merupakan antara perkara agama yang sangat penting dan menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk mengetahuinya.

Menerusi perkongsian Muharrik Daie, beliau ke sebuah restoran dan mendapati pekerja restoran tidak mencuci daging dan ayam dengan betul untuk masakan tengah harinya. Perkara itu telah menyebabkan bangkitnya isu mengenai makanan bernajis.

Baca juga: Rebutlah Malam Lailatul Qadar Dengan Lakukan 19 Amalan Sunat Yang Dianjurkan Ini

MAKANAN BERNAJIS DISEBABKAN TAK BASUH DENGAN BETUL?

MAKANAN BERNAJIS

Jelasnya, pekerja tersebut tidak membasuh daging, ayam dan ikan mengikut hukum agama Islam. Sepatutnya bilasan terakhir itu kena lalukan air dari paip atau cucurkan air dari atas daging tersebut.

Tak boleh kocak-kocak bilas dalam besen macam itu sahaja kerana air yang bercampur darah itu tadi jadi najis dan dikira air mutannajis dalam besen itu sebab tak cukup dua kolah.

“Akak cuci daging, ayam dan ikan tu tak ikut hukum. Sepatutnya bilasan terakhir tu akak kena lalukan air dari paip atau akak cucurkan air dari atas daging tu tadi. Tak boleh kocak kocak bilas dalam besen macam tu saja sebabnya air yang bercampur darah itu tadi jadi najis dan dikira air mutannajis dalam besen itu sebab tak cukup dua kolah,” jelasnya.

“Tokey ajar macam tulah encik. Akak ikut sahajalah.” Ujar kakak itu lagi.

Disebabkan itu beliau jarang makan di kedai makan kerana takut termakan najis. Kalau kita tahu cara cucu yang tak betul, haram kita makan makanan tersebut sebab dihukum najis.

Sebab itu ulama kata, kalau nak berniaga pun kena mengaji ilmu fardhu ain. Kena ajar pembantu kedai dan pekerja kedai akan fardhu ain.

Kalau tidak sampai mati kita bagi orang makan najis. Bayangkan kalau tak mengaji fardhu ain. Sebab itu jangan pandai nak kahwin dan poligami sahaja tetapi ilmu agama fardhu ain pun kelaut. Hati-hatilah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nampak Macam Tak Ada Apa-Apa, Rupanya Berdosa Upload Gambar Makanan Sebelum Berbuka!

Sumber: Facebook Muharrik Daie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×