Sihat

Period Datang 2 Kali Sebulan Bukan Perkara Normal, Anda Mungkin Ada Masalah Kesihatan!

12
SHARES
PUNCA PERIOD 2 KALI SEBULAN

Purata kitaran haid normal bagi wanita dewasa adalah antara 21 dan 35 hari. Jika kitaran haid lebih pendek, seseorang itu boleh mengalami dua kali period dalam bulan yang sama.

Walaupun perubahan dalam kitaran haid bukanlah sesuatu yang luar biasa namun sekiranya anda kerap mengalami masalah itu, ini antara punca period 2 kali sebulan kaum wanita kena tahu. Jangan pandang ringan!

Baca juga: AWAS! Disangka Pedih Ulu Hati, Rupanya Itu Tanda Anda Ada Masalah Batu Karang Hempedu

PUNCA PERIOD 2 KALI SEBULAN, ADA KAITAN DENGAN KESIHATAN

PUNCA PERIOD 2 KALI SEBULAN

1. ONE-TIME ANOMALY

Seseorang kadang kala mungkin mempunyai kitaran haid yang lebih pendek sehingga menyebabkan dua kali haid dalam tempoh sebulan. Ini bermakna, kitarin haid akan kembali seperti biasa di bulan seterusnya.

2. UMUR MUDA

Kitaran haid tidak teratur adalah perkara biasa berlaku kepada orang muda yang baru mula datang bulan. Orang ramai cenderung mempunyai kitaran haid lebih pendek atau kadang kala lebih lama sehingga menyebabkan mereka mengalami dua kali period dalam 1 bulan.

Kajian mendapati bahawa kitaran haid orang muda boleh mengambil masa sekitar 6 tahun untuk menjadi teratur dari pertama kali datang bulan.

3. ENDOMETRIOSIS

Simptom utama endometriosis adalah senggugut yang teruk, pendarahan berlebihan dan kitaran haid pendek di mana mungkin haid sebanyak dua kali dalam satu bulan.

Jika menghidap endometriosis, anda mungkin mengalami pendarahan dan kesakitan ketika ovulasi kerana tisu boleh melekat pada ovari dan membentuk sista.

4. PERIMENOPAUSE

Perimenopause menyebabkan hormon seseorang mula berubah sebelum menopause. Ketika fasa ini, anda akan mengalami kitaran haid tidak teratur, terlalu kejap atau lama, tidak datang bulan dan period sebanyak dua kali sebulan.

Apabila seseorang tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut, itu bermaksud anda dalam fasa menopause.

5. MASALAH TIROID

Kelenjar tiroid dan hormon yang dihasilkannya adalah penting untuk mengawal kitaran haid.  Apabila anda tidak mempunyai hormon tiroid yang mencukupi (hipotiroidisme), kitaran haid boleh menjadi sangat kerap dalam masa sebulan.

Haid anda juga mungkin lebih lama daripada seminggu. Antara gejala lain hipotiroidisme adalah:

  • Sembelit
  • Kelemahan otot
  • Peningkatan berat badan
  • Sakit sendi atau otot
  • Keletihan
  • Kulit kering
  • Rambut menipis
  • Rasa tertekan atau sedih
  • Berpeluh kurang daripada biasa

PUNCA PERIOD 2 KALI SEBULAN

6. FIBROID RAHIM

Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang berlaku di dalam atau di luar rahim. Fibroid biasanya bukan kanser tetapi boleh menyebabkan pendarahan dan haid yang banyak.

Gejala tambahan fibroid juga adalah:

  • Sakit di bahagian pelvis
  • Kerap membuang air kecil
  • Sakit pinggang
  • Sakit semasa hubungan seks

Doktor selalunya akan menjalankan pemeriksaan pelvis dan ultrasound.

7. KANSER 

Kanser juga boleh menyebabkan haid datang dua kali dalam satu bulan. Kanser organ pembiakan seperti rahim, serviks, dan ovari boleh mengubah hormon dan kitaran period.

Kanser rahim boleh menyebabkan anda lebih kerap datang bulan. Kanser serviks dan ovari pula lebih dikaitkan dengan haid yang panjang dan banyak berbanding biasa.

Kesimpulannya, sekiranya anda mengalami masalah datang bulan sebanyak dua kali sebulan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan, segera berjumpa doktor.

Haid yang kerap memerlukan rawatan kerana boleh mengakibatkan kehilangan darah yang membawa kepada anemia atau darah rendah.

Baca juga: Bukan Sekadar Sedap, Air Tebu Rupanya Boleh Cegah Sel Kanser

Sumber: Medical News Today & Very Well Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×