Sihat

Pelik, Perut Buncit Ini Tak Mahu Hilang, Benarkah Ia Tanda Cyst? Semak 7 Simptom Lain Ini

6
SHARES
tanda-tanda cyst

Sekiranya, anda mengalami sakit pada perut atau ketidakselesaan yang berpanjangan dan teruk yang kelihatan tidak normal, anda mungkin mengalami Sista Ovari (Ovarian Cyst). Disebabkan itu, kepekaan mengenai tanda-tanda cyst perlu dicakna oleh kaum wanita supaya ia boleh dirawat sebelum berlarutan menjadi lebih teruk.

Sista ovari ialah kantung berisi cecair yang berkembang pada ovari. Ia adalah normal dan biasanya tidak menyebabkan sebarang gejala. Namun, cyst biasanya hanya menyebabkan gejala jika ia terbelah iaitu pecah, sangat besar atau menyekat bekalan darah ke ovari. Justeru itu, mari lihat tanda-tanda cyst di bawah.

Baca juga: Ini Punca Sinki Sering Tersumbat, ‘Point 6’ Tak Ramai Yang Tahu & Jangan Terkejut!

PERUT BUNCIT ATAU KEMBUNG TANDA CYST, BETUL KE?

tanda-tanda cyst

TANDA-TANDA CYST

1. KEMBUNG PERUT

Kadang-kadang, sista ovari menyebabkan anda berasa kembung atau bengkak di bahagian bawah perut, terutamanya di sebelah kawasan yang mempunyai sista. Anda juga mungkin mengalami rasa satu tekanan atau memberat di kawasan yang bengkak.

2. PELVIS KESAKITAN

Sekiranya mempunyai sista ovari, anda mungkin mengalami sakit di kawasan pelvis atau bahagian bawah kawasan perut. Kesakitan boleh menjadi sekejap-sekejap atau lebih kerap dan berterusan.

3. RASA SAKIT SEMASA BERSENGGAMA

Sista ovari kadang kala, boleh mengakibatkan kesakitan atau ketidakselesaan semasa hubungan seksual.Anda mungkin perasan satu rasa yang sangat menyakitkan ketika bersenggama bersama suami di bahagian perut.

Ini berkemungkinan, anda mengalami sista ovari yang dikenali sebagai endometrioma yang merupakan jenis sista paling kerap berlaku pada wanita. Keadaannya di mana, tisu rahim tumbuh di luar rahim.

4. SENGGUGUT YANG MENYAKITKAN

tanda-tanda cyst

Rasa kejang sewaktu haid, boleh bertambah teruk apabila anda mempunyai sista ovari. Selain itu, anda juga boleh mengalami rasa kesakitan yang baru atau semakin meningkat semasa haid.

5. PENDARAHAN HAID YANG TIDAK SEPERTI BIASA

Kadang kala anda juga mengalami perubahan pada kitaran haid apabila mempunyai sista ovari. Ini mungkin bermakna aliran haid anda menjadi lebih berat atau lebih ringan, atau haid menjadi tidak teratur.

6. KESUKARAN MEMBUANG AIR KECIL

Sista ovari yang lebih besar menyebabkan anda perlu membuang air kecil dengan lebih kerap atau mengalami kesukaran mengosongkan pundi kencing. Anda juga mungkin merasakan tekanan semasa membuang air besar dan menghadapi lebih banyak masalah sewaktu membuang najis.

7. SAKIT PELVIS ATAU PERUT YANG TERUK, DEMAM & MUNTAH

Sekiranya sakit pada pelvis atau perut anda semakin teruk, ini boleh menjadi tanda sista ovari anda telah pecah. Muntah dan demam pula membawa maksud ovari anda berpintal di sekeliling ligamennya sendiri yang menyebabkan dua simptom ini berlaku.

Keadaan ovari pecah dan berpintal adahal hal kecemasan yang memerlukan rawatan perubatan segera. Maka, dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami simptom ini.

KESIMPULAN

Sekiranya, sista ovari anda menunjukkan simptom-simptom di atas, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Terutamanya jika ia berlaku dengan cepat.

Memandangkan ovari yang berpintal boleh mengurangkan atau menghentikan aliran darah, lebih cepat anda mendapat rawatan perubatan, lebih baik peluang ovari anda diselamatkan.

Sumber: NHS / The Obgyn Center / Virtuosa Gyn / Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×