40 Minggu

Terasa Pedih Terbakar Ketika Kencing, Jaga-Jaga Ini Bahaya Kencing Kotor Sewaktu Hamil

8
SHARES
kencing kotor

Ujian air kencing kebiasaannya dijalankan kepada wanita hamil untuk mengesan kemungkinan dari menghadapi sebarang penyakit atau jangkitan. Ini termasuklah jangkitan kencing kotor.

Jangkitan kencing kotor, sekiranya tidak dirawat dari awal bersama kaedah yang betul, ia boleh memberikan kemudaratan kepada ibu mengandung dan bayi. Maka dengan itu, para ibu jangan sesekali ambil mudah tentang jangkitan ini dan sebaiknya lakukanlah ujian air kencing.

Mari ikuti penulisan di bawah tentang bahaya kencing kotor kepada wanita hamil. Semoga bermanfaat!

Baca juga: En. Suami Bawalah Berpuasa Kejap, Bahaya Berjimak Ketika Isteri Haid Pandangan Islam & Sains!

KENCING KOTOR WANITA HAMIL

 kencing kotor

Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI), juga dikenali sebagai kencing kotor, adalah keradangan bakteria dalam saluran kencing. Wanita hamil menghadapi peningkatan risiko untuk UTI bermula pada minggu ke-6 hingga minggu ke-24 kerana perubahan dalam saluran kencing.

Kedudukan rahim berada di atas pundi kencing. Apabila rahim membesar, beratnya yang meningkat boleh menghalang pengaliran air kencing dari pundi kencing dan menyebabkan jangkitan pada saluran kencing semasa kehamilan.

BAHAYA KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL

Jika anda mempunyai UTI dan ia tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang. Jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan kelahiran awal.

Namun, anda boleh berasa sedikit lega kerana bakteria asimtomatik dan kencing kotor biasanya ditemui dan dirawat sebelum buah pinggang dijangkiti. Jika doktor dapat merawat jangkitan kencing kotor lebih awal dan betul, ia tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada bayi anda.

SIMPTOM-SIMPTOM UTI PADA WANITA HAMIL

kencing kotor

Wanita hamil yang mempunyai kencing kotor kebiasaannya mempunyai simptom ini:

  • Rasa terbakar atau sakit apabila anda membuang air kecil.
  • Rasa seperti anda perlu membuang air kecil lebih kerap daripada biasa.
  • Bocor sedikit air kencing.
  • Air kencing keruh, gelap, berbau atau berdarah.

SIMPTOM-SIMPTOM JANGKITAN PADA BUAH PINGGANG

Apabila bakteria telah merebak ke buah pinggang anda mungkin mengalami:

  • Sakit pada bahagian belakang.
  • Sejuk menggigil.
  • Demam.
  • Loya
  • Muntah.

RAWATAN KENCING KOTOR

kencing kotor

Kencing kotor paling kerap dirawat dengan antibiotik. Doktor biasanya menetapkan preskripsi antibiotik selama 3-7 hari, selamat untuk anda dan bayi.

Segera berjumpa doktor, sekiranya anda mengalami simptom demam, menggigil, sakit perut, loya, muntah, kontraksi atau jika selepas makan ubat selama tiga hari, anda masih berasa pedih apabila membuang air kecil.

LANGKAH BERJAGA-JAGA

  • Minum air mengikut kadar saranan 6-8 gelas setiap hari.
  • Elak makanan bergula atau berkafein.
  • Jangan bertangguh membuang air kecil dan kosongkan pundi kencing anda sepenuhnya apabila kencing.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan persetubuhan.
  • Elakkan hubungan seks semasa anda sedang dirawat UTI.
  • Lap hingga kering selepas kencing dan pastikan kawasan kemaluan anda bersih. Pastikan anda mengelap dari hadapan ke belakang.
  • Elak menggunakan sabun, pencuci vagina wanita dan bedak.
  • Tukar seluar dalam dan tuala wanita setiap hari.
  • Elakkan memakai seluar dalam yang ketat.
  • Pakai seluar dalam jenis kapas.

Sumber: American Pregnancy / Family Doctor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×