Sihat

Rupanya 5 Anggota Badan Manusia Ini Dicipta Ada Fungsi Self-Cleaning Sendiri, Tak Payah Korek!

120
SHARES

Tahukah anda, terdapat beberapa anggota badan manusia sebenarnya dicipta mempunyai kelebihan menarik iaitu mencuci atau mengeluarkan kotorannya sendiri.

Jadi, seharusnya kita tidak perlu bersungguh membersihkannya kerana ia boleh datang kemudaratan kepada anggota-anggota ini seperti cedera atau rosak fungsinya.

Fakta ini telah dikongsikan oleh Doktor Erna Nadia di laman sosialnya. Kalau nak tahu anggota apa yang memiliki kelebihan ini mari ikuti penulisan beliau di bawah.

Baca juga: Bongkok Badan Punca Sembelit? Ini Tips Untuk Dapatkan Postur Badan Tegak & Cantik!

RUPANYA 5 ANGGOTA BADAN MANUSIA INI DICIPTA ADA FUNGSI SELF-CLEANING SENDIRI, TAK PAYAH KOREK!

Ada beberapa anggota badan yang kita rasa kita perlu korek atau keluarkan tapi sebenarnya Allah dah jadikan ianya self-cleaning aka dia boleh cuci atau keluarkan kotoran sendiri, iaitu:

5 ANGGOTA BADAN MEMPUNYAI FUNGSI SELF-CLEANING

1. TELINGA

Tahi telinga akan keluar dengan sendiri. Kita tak perlu korek pun. Masa mandi atau ambil wuduk boleh bersihkan sikit-sikit di hujung-hujung telinga guna tisu atau tuala bersih.

Please elakkan guna cotton bud dan of course jangan guna besi untuk bersihkan telinga, ianya boleh menyebabkan gegendang telinga anda pecah atau rosak.

Gegendang telinga kita cuma senipis bawang (lebih nipis lagi sebenarnya). Jika ada tahi telinga tersumbat, jumpa doktor, nanti dapat ubat titik untuk cairkan tahi tersumbat tu. Pendengaran yang rosak dah tak boleh kembali normal semula.

Dan jangan dengar muzik kuat-kuat guna earphones atau headphones, nanti organ dalam telinga akan rosak juga. Jangan pukul-pukul bahagian telinga atau belakang telinga juga. Sayangi telinga anda.

2. FARAJ

Saya taktau kenapa tapi ada juga wanita yang suka nak korek-korek kemaluan mereka. This is so wrong. Elakkan. Faraj kita boleh self-cleansing.

Cukup sekadar selepas buang air kecil atau bersama suami atau cuci haid, basuh dengan air dan lap sahaja. Tak perlu korek-korek ya.

3. HIDUNG

Tahi hidung juga seeloknya tak dikorek-korek. Jika rasa hidung penuh tahi, cuci guna air. Masa mandi dan nak ambil wuduk tu, boleh basahkan sedikit dalam hidung dan bersihkan.

Jika selalu korek, nanti dalam hidung akan mudah luka, jadi hidung berdarah dan of course kotor tangan anda.

4. USUS

Ini pun pelik sampai ada yang jual produk untuk bersihkan usus. Allah jadikan elok dah organ kita ni. Jika sudah penuh usus kita, kita akan buang dengan cara buang air besar. Tak ada apa yang akan tersumbat.

Jika ada masalah sembelit, ubah menu harian supaya lebih banyak serat, minum lebih banyak air kosong dan bergeraklah. Jika tak bergerak atau tak bersenam, memang mudah sembelit.

Kurangkan makanan yang heavy heavy. Kunyah dengan perlahan dan elok.

5. MATA

Air mata kita ni sebenarnya pencuci mata paling hebat Allah cipta. Kita cuma perlu pastikan kita rajin kelip mata sahaja supaya mata kita kekal lembab. Jika berkerja memerlukan fokus yang banyak bahagian mata ( guna pc, laptop, handphone), jangan lupa kelip mata.

Masa kita kelip mata tu la, ada satu lapisan air mata akan basahi mata kita. Jangan selalu guna ubat titik mata, ianya boleh buatkan mata anda kering lama-lama.

Mata kering boleh bawa banyak masalah kemudian hari. Dan of course jangan tenyeh tenyeh mata, tak bagus dan boleh buatkan mata ‘trauma’ tanpa disedari.

Haa. Mungkin ada yang dah tau tapi masih buat buat taktahu. Lepas ni dah kena ambil tahu. Sebab organ yang Allah bagi kita pinjam ni, kalau rosak, susah nak diganti. Maka, sayangilah setiap satunya okay.

Jika dah terbiasa korek-korek, itu semua hanyalah tabiat sahaja. Tabiat boleh diubah jika kita mahu menjadi pembersih dan sihat.

Sumber: Facebook Erna Nadia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×