“Lama betul harini aku duduk dalam tandas, susah betul nak keluar berak! Hmm.”
Mesti ada dalam kalangan anda yang mengalami masalah sembelit yang lama kan? Tahukah anda, postur badan yang tidak betul seperti membongkok turut mempengaruhi terjadinya masalah ini.
Melalui perkongsian yang dibuat oleh Doktor Erna Nadia, individu yang biasa duduk dalam keadaan membongkok menyebabkan sistem penghadaman jadi kurang aktif. Kalau nak betulkan semula postur badan dan biasakan dalam keadaan tegak jom ikuti tips di bawah ini.
Baca juga: 10 Tips Confirm Menjadi Ketika Berbuka Puasa Untuk Kawal & Turun Berat Badan!
BONGKOK BADAN PUNCA SEMBELIT? INI TIPS UNTUK DAPATKAN POSTUR BADAN TEGAK & CANTIK!
Kenapa kita harus berdiri dan duduk dengan posture badan yang betul dan tegak?
Kerana ianya dapat membantu badan kita dari kurang menjadi letih dan mengelakkan masalah muskuloskeletal di kemudian hari serta membantu penghadaman yang baik.
Bila kita berdiri dan duduk dengan tegak dan betul, ianya dapat membantu kurangkan tekanan pada bahu, leher, tulang belakang, pinggul dan abdomen. Tekanan pada bahagian bahagian ini akan terlihat bila usia semakin meningkat, kita akan mula rasa sakit sakit sengal sengal anggota badan.
TERDAPAT BEBERAPA SEBAB INDIVIDU ITU CENDERUNG UNTUK BONGKOK BADAN
1. BERASA SEGAN UNTUK MENDADA
Ada setengah wanita (saya dulu) merasakan segan nak duduk tegak atau berdiri tegak sebab risau nanti mendada. Sebenarnya boleh elak efek mendada tu dengan pakai baju yang longgar dan tudung labuh menutupi dada. Duduk tegak tak semestinya harus mendada.
2. MEMILIKI SAIZ DADA YANG BESAR
Ada juga setengah individu yang memiliki dada yang sedikit saiz besar. Mereka ini lebih cenderung untuk membongkok, sama ada risau mendada atau berat di bahagian dada. Apa pun tetap perlu betulkan untuk duduk dan berdiri tegak.
3. SUDAH TERBIASA MEMBONGKOK
Ada juga individu yang dah terbiasa membongkok. Dia rasa selesa sebab dah bertahun macam tu.
4. KETURUNAN ATAU PENYAKIT
Ada juga bongkok disebabkan oleh keturunan atau penyakit. Ini perlukan rawatan fisio dan rehab untuk bantu pulihkan posture badan.
5. KURANG KEYAKINAN DIRI
Ada juga membongkok disebabkan dia kurang keyakinan. Sebab itu kalau pergi interview atau jumpa pesakit atau jumpa customer, eloknya kita duduk tegak, berjalan dengan posture yang tegak dan berdiri dengan elok dan tegak. Ini semua memainkan peranan dalam membentuk keyakinan diri sendiri dan orang lain.
BIASAKAN AJAR POSTUR YANG BETUL KETIKA ANAK MASIH KECIL UNTUK DIBIASAKAN
Kena ajar diri dan anak anak untuk duduk tegak, berdiri tegak dan berjalan tegak supaya mereka sudah terbiasa dari kecil. Kita bukan nak suruh depa jadi model (tapi kalau jadi, why not), tapi kita nak ajar mereka hidup dengan sihat dan yakin. Kita nak ajar depa, kita pun kenalah buat sekali. Ajaran melalui teladan gitu.
Orang yang biasa duduk membongkok, sistem penghadaman dia jadi kurang aktif sedikit. Maka, betulkan jika tak mahu ada masalah sembelit lama lama.
TIPS UNTUK BETULKAN POSTUR BADAN JADI TEGAK!
Jadi, macam mana nak biasakan tegak-tegak ni?
1. Bila berdiri, pastikan punggung, lutut dan tapak kaki menerima tekanan yang sama dan tegakkan bahu.
2. Bila berjalan, pinggul dan lutut menerima tekanan yang sama juga.
3. Bila duduk, lembutkan bahagian tulang belakang dan bahu serta leher untuk kekal posisi tegak.
4. Bila duduk makan, pastikan tegakkan juga badan sehingga habis makan.
5. Boleh juga amalkan senaman di bahagian bahu, dada dan tulang belakang.
6. Dan yang penting, masa tidur pastikan tidur dalam posisi yang selesa (bantal tidak tinggi sangat melainkan orang ada sakit jantung memang bantal kena tinggi sikit, tulang belakang elok kena tilam).
7. Bangun pagi, sebelum tidur buat stretching sikit untuk betulkan otot otot badan yang terlebih penat tu.
Sebab tu kalau perasan, keluarga yang darjat tinggi sikit ni depa latih anak anak depa untuk nampak ‘mahal’. Sebenarnya bukan mahal tetapi sihat dan berkeyakinan tinggi. Kita pun boleh jadi begitu.
Dr. Erna Nadia
Jom jadi comel, baik dan tegak!
Sumber: Facebook Erna Nadia