Sihat

Asyik Tak Puas Bila Buang Air Besar Tapi Perut Selalu Memulas, Rupanya Ada Penyakit Ini

9
SHARES
PUNCA BERAK SEDIKIT

Pernah tak anda alami masalah membuang air besar dan tidak puas? Terdapat beberapa punca berak sedikit dan ia boleh mengundang bahaya sekiranya dibiarkan.

Secara amnya, seseorang dianggap sembelit apabila dia tidak dapat membuang air besar sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Khasiat Daun Selaput Tunggal Untuk Kesihatan, Boleh Rawat Kencing Manis & Gout Rupanya

PUNCA BERAK SEDIKIT DAN TAK PUAS, BAHAYA KE?

PUNCA BERAK SEDIKIT

Antara punca berak sedikit dan tidak puas adalah kerana sembelit. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah pergerakan usus tidak teratur, tetapi keadaan ini lebih kerap berlaku pada wanita dan orang tua.

Berikut adalah punca pergerakan usus tidak teratur:

1. Kurang bersenam

Kurang bersenam boleh menjadi punca berak sedikit dan sembelit. Apabila anda malas bersenam, peristalsis dalam usus akan menjadi lemah dan membuat najis menjadi keras dan sukar untuk dibuang.

2. Kurang pengambilan makanan berserat

Selain itu, antara punca berak sedikit adalah kurang pengambilan makanan berserat. Serat merupakan salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh badan untuk membuatkan najis lembut.

Apabila badan kekurangan serat, proses penghadaman akan terganggu dan menyebabkan najis menjadi keras serta sukar untuk dikeluarkan.

Selain daripada pengambilan serat yang tidak mencukupi, pergerakan usus yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman berikut:

  • Makanan yang tinggi kandungan lemak
  • Makanan yang mengandungi gluten
  • Minuman berkafein dan beralkohol
  • Produk tenusu

3. Selalu tahan berak

Menahan untuk membuang air besar boleh menyebabkan pergerakan usus tidak teratur. Semakin lama anda melengah-lengahkan untuk membuang air besar, makin banyak najis yang berada di dalam usus dan sukar untuk dikeluarkan.

4. Ada ambil ubat tertentu

Antara punca sembelit adalah pengambilan ubat-ubatan tertentu. Sesetengah ubat boleh menyebabkan usus tidak teratur dan pengambilan julap secara kerap akan menyukarkan proses pembuangan air besar.

5. Berpenyakit

Selain punca berak sedikit yang disenaraikan di atas, penyakit seperti diabetes, kanser kolorekta, hipotiroidisme, hiperkalsemia, dan multiple sclerosis.

Cara mengatasi masalah buang air besar sedikit

PUNCA BERAK SEDIKIT

Antara cara mengatasi masalah buang air besar sedikit dan tidak puas adalah:

1. Bersenam dengan kerap

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk melancarkan pergerakan usus. Selain itu, senaman secara kerap juga boleh membantu merangsang peristalsis dalam usus supaya makanan dapat diproses dengan lebih baik.

2. Banyakkan minum air

Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari. Ini akan mengurangkan anda minum minuman berkafein dan alkohol.

3. Ambil makanan berserat secukupnya

Pengambilan makanan serat untuk lelaki disyorkan sebanyak 30-37 gram setiap hari. Manakala untuk wanita pula adalah sekitar 22-32 gram serat setiap hari.

Beberapa pilihan makanan yang tinggi kandungan serat adalah:

  • Epal, oren, pear, strawberi dan pisang
  • Brokoli, kubis, jagung, dan lobak merah
  • Bijirin
  • Kacang

4. Jangan tahan berak

Jangan tahan untuk membuang air besar kerana ia akan menyebabkan pembuangan tidak teratur.

Sekiranya masalah ini berlarutan, dapatkan nasihat dan rawatan doktor secepatnya. Jangan biarkan.

Baca juga: Petua Paling Senang Dan Cepat Buang Angin Dalam Badan, Memang Lega!

Sumber: Eating Well & Johns Hopskins Medicine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×