Sihat

Setiap Pagi Perut Mesti Tak Selesa Kalau Tak Buang Air Besar, Ini Cara Atasi…

24
SHARES
CARA LAWAS BERAK

Tidak semua orang bernasib baik mampu membuang air besar setiap hari sehingga menggunakan bantuan ubat. Selain ubat, ketahui cara lawas berak setiap pagi seperti yang dikongsikan di bawah.

Tidak membuang air besar boleh menyebabkan ketidakselesaan dan masalah perut kembung. Memang boleh ganggu aktiviti harian.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Awet Muda, Tiap Hari Benamkan Bawang Putih Dalam Nasi

STRES TIAP PAGI TAK BUANG ‘HAJAT’, INI CARA LAWAS BERAK

CARA LAWAS BERAK

1. Minum air secukupnya

Menurut Dr Berookim, antara salah satu punca sembelit adalah kerana kekurangan air. Apabila badan kurang air, ini boleh menyebabkan usus besar mengeluarkan air dan mengakibatkan najis keras.

Sebaik-baiknya adalah minum 30ml air setiap 1 kilo berat badan anda.

2. Usap perut

Selain itu, cara lawas berak adalah dengan mengusapkan perut. Usap perut mengikut arah jam dapat membantu menggerakkan usus. Urutan ini terbukti mampu mengatasi masalah sembelit.

3. Mencangkung di tandas

Setiap pagi, anda dinasihatkan untuk mencangkung di tandas. Kedudukan ini lebih mudah untuk membuang air besar. Kalau tak percaya, cubalah.

4. Menggunakan julap

Sekiranya masalah sembelit semakin teruk, cara lawas berak yang boleh dicuba adalah menggunakan julap. Menurut doktor, ubat ini sangat berkesan tetapi agak mahal.

Antara keburukan julap adalah sekiranya dimakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan anda tidak dapat membuang air besar tanpa bantuan ubat.

5. Cuba urut bahagian perineum 

Bagi yang tidak tahu, perineum adalah kawasan di bahagian faraj dan dubur. Urut di kawasan tersebut dengan menolak beberapa kali menggunakan jari telunjuk.

Kajian pada tahun 2015 mendapati melakukan urutan perineum boleh membantu mengatasi masalah sembelit dan juga membantu untuk memudahkan proses bersalin.

CARA LAWAS BERAK

6. Lakukan senaman

Selain urutan di bahagian perineum, boleh juga melakukan senaman untuk meningkatkan metabolisme diri. Mulakan hari anda dengan berjoging, berjalan dan zumba agar memudahkan proses membuang air besar.

7. Minum kopi

Minuman panas pada waktu pagi boleh membantu anda untuk melepaskan ‘hajat’. Menurut Dr Lee, haba daripada kopi boleh merangsang pergerakan.

8. Ambil suplemen serat

Suplemen serat psyllium husk boleh ditambah dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, pastikan anda mengamalkan pemakanan sihat.

9. Amalkan pemakanan sihat

Menurut Dr Berookim, probiotik dan lemak sihat dalam diet boleh membantu pegerakan usus.

Baca juga: Ada Banyak Cara Nak Hilangkan Gatal & Miang Sayur Keladi, Confirm Tak ‘Menggaru’ Dah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×