Dapur

Bukan Sahaja Boleh Sedapkan Masakan, Tapi 10 Rempah Ratus Ini Memang Berkhasiat

2
SHARES
REMPAH RATUS

Terdapat pelbagai jenis rempah ratus yang boleh digunakan dalam masakan. Selain untuk menambah rasa, rempah ratus juga kaya dengan pelbagai khasiat yang ramai tak tahu.

Jadi, artikel kali ini penulis kongsikan 10 rempah ratus yang perlu ada di dapur dan digunakan sejak dahulu lagi untuk merawat penyakit.

Baca juga: Buah Kurma Bukan Boleh Main Basuh Je, Ikut Step Ini Barulah Betul-Betul Bersih!

10 REMPAH RATUS INI WAJIB ADA DI DAPUR, BERKHASIAT!

REMPAH RATUS

1. BUAH KERAS

Sama seperti kekacang yang lain, buah keras boleh melembapkan rambut dan kulit. Minyak yang diekstrak daripada buah keras boleh digunakan sebagai pelembap untuk orang dewasa dan bayi kerana ia mengandungi vitamin A, C, dan E.

2. JINTAN PUTIH

Berasal dari Eropah Selatan dan ditanam di seluruh Eropah, Timur Tengah, China, India dan Turki. Jintan putih kaya dengan serat makanan.

Anti oksidannya yang kuat dapat membantu membuang radikal bebas berbahaya dari badan dan membantu melawan penuaan.

3. JINTAN MANIS

Jintan manis berasal dari Mediterranean dan Asia Barat Daya. Kajian mendapati bahawa jintan manis boleh meningkatkan aktiviti enzim pencernaan, mempercepatkan penghadaman dan memudahkan pencernaan lemak.

Selain itu, ia juga mampu menurunkan paras gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin. Jintan manis juga boleh melindungi daripada penyakit jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL (baik) sambil mengurangkan trigliserida dan kolesterol LDL (buruk)

4. BIJI HALBA

Biji halba mengandungi protein tumbuhan 4-hydroxyisoleucine, yang boleh meningkatkan fungsi hormon insulin. Kajian mendapati bahawa sekurang-kurangnya 1 gram ekstrak biji halba setiap hari boleh menurunkan paras gula dalam darah, terutamanya bagi pesakit kencing manis.

5. BUNGA CENGKIH

Cengkih bersifat anti bakteria, anti-kulat dan anti septik. Bunga cengkih kaya dengan mineral, asid lemak omega-3, serat, vitamin dan mineral.

Bunga cengkih boleh dijadikan minyak untuk tujuan perubatan tradisional dan membantu menangani masalah tidur.

REMPAH RATUS

6. KULIT KAYU MANIS

Selain digunakan dalam masakan, kulit kayu manis bertindak sebagai anti mikrob, anti oksidan, anti radang, anti diabetik dan anti karsinogenik.

Kulit kayu manis boleh mengurangkan paras gula dalam darah dan boleh menjadi rawatan yang berkesan untuk penyakit Alzheimer.

7. BUAH PELAGA

Buah pelaga berasal daripada benih tumbuhan yang tergolong dalam keluarga halia. Penyelidikan mendapati buah pelaga boleh merawat:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Epilepsi
  • Penyakit kardiovaskular

Selain itu, buah pelaga boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Terdapat juga bukti bahawa sekiranya anda menghidu minyak pati buah pelaga, ia boleh meningkatkan pengambilan oksigen ke dalam paru-paru semasa bersenam.

8. BUNGA LAWANG

Bunga lawang biasanya digunakan untuk tujuan memasak. Bunga lawang adalah sumber yang kaya dengan anti oksidan penting iaitu linalool, minyak pati, dan vitamin C yang mampu melindungi tubuh daripada kerosakan sel disebabkan oleh toksin persekitaran.

9. LADA HITAM

Secubit lada hitam boleh meningkatkan manifold perisa. Lada hitam, juga dikenali sebagai raja rempah ratus mampu menggalakkan penurunan berat badan, membantu melegakan selsema dan batuk, memperbaiki penghadaman, meningkatkan metabolisme dan merawat masalah kulit.

10. BIJI KETUMBAR

Ketumbar digunakan secara meluas di Asia, di India dan Timur. Ketumbar mengandungi vitamin K yang tinggi, sifat anti-spasmodik dan membantu sistem pencernaan yang sihat.

Pastikan 10 rempah ratus di atas ada di dapur ya.

Sumber: NDTV Food, Medical News Today & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×