Manfaat rempah ratus sebagai perasa dalam makanan tentunya membantu menaikkan aroma selainkan menambah kelazatan.
Rempah seperti bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bahan perasa semulajadi seperti minyak zaitun, limau purut, serta cuka memang biasa di gunakan oleh masyarakat kita sebagai penyedap masakan dan penambah aroma hidangan.
Tak lengkap rasanya kalau tidak dimasukkan rempah ratus mahu pun perasa dalam sajian keluarga.
Meskipun datang dalam pelbagai warna, saiz, bentuk dan bau tapi ia kaya dengan pelbagai khasiat, tidak hairanlah rempah ratus banyak digunakan dalam industri perubatan dan kecantikan.
Ia juga bagus untuk kesihatan jika diambil dengan kerap kerana ia “negative calorie” selain “fat-burner” terbaik.
Jadi jika anda seorang yang suka menjaga kesihatan secara semulajadi, anda perlu ada rempah ratus dan perasa ini di dapur.
Tahukah anda bagaimana rempah ratus dan perasa ni berfungsi untuk diri dan kesihatan anda?
Manfaat Rempah Ratus Dan Bahan Perasa Semulajadi Dalam Makanan
1. Lada Merah (‘Cayenne Pepper’)
Masakan Melayu memang tak sah kalau tak ada cili kan?
Sebenarnya, ia bukan sekadar sedap, tapi juga berkhasiat dan membantu menguruskan badan.
Percaya tak, lada merah meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dalam badan sehingga 25%. Banyak juga tu!
2. Lada Hitam
Selain lada merah dan cilipadi, oarng kita pun rajin juga mengunakan lada hitam, terutamanya dalam sup ayam.
Membantu memudahkan pencernaan dalam perut secara tak langsung dapat mengelak daripada sembelit. Pembuangan air besar setiap hari juga mengurangkan toksin dalam badan.
3. Serbuk Kunyit
Rempah yang paling selalu digunakan untuk menggoreng ini sebenarnya berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah, membakar lemak degil dan radang dalam badan.
Wah, banyak khasiat rupanya!
4. Daun Kari
Selain daripada digunakan dalam kuah kari atau gulai, daun kari ini memang memberikan rasa yang enak jika digoreng bersama masakan tertentu. Kalau nak buat ayam goreng berempah, ia antara bahan yang perlu ada. Pasti lebih sedap!
Manfaat rempah kari atau daun kari ialah ia membantu menguatkan perut dan mengatasi masalah penghadaman serta dapat mengelakkan sembelit.
6. ‘Mustard’
Pastikan ia whole grain mustard dan bukannya honey mustard atau apa sahaja yang mengandungi gula. Ia cepat mengenyangkan dan meningkatkan kadar metabolisme.
6. Kayu Manis
Melancarkan pengaliran darah. Ia juga membuatkan perut terasa kenyang dalam tempoh yang panjang sekali gus mengurangkan rasa lapar. Selain itu, kayu manis mengurangkan penghasilan insulin setiap kali selesai makan. Insulin ini adalah hormon ‘jahat’ yang menukar lebihan gula menjadi lemak.
7. Halia
Mengurangkan rasa lapar. Ia juga bagus untuk mengurangkan angin dalam badan.
9. Bawang Putih
Meningkatkan metabolisme dalam badan dan menstabilkan kolesterol dan memecahkan molekul lemak dalam arteri dari terus berkumpul dan menjadi penyebab kepada masalah kesihatan.
10. Buah Pelaga
Berfungsi sebagai detoksifikasi semulajadi, manfaat rempah daripada buah pelaga ini lebih terarah terhadap pencernaan badan. Ia mboleh ditambahkan dalam sup atau ditumis dalam lauk-pauk.
11. Jintan Putih
Jintan adalah rempah yang kita selalu gunakan dalam masakan. Tetapi, mungkin ramai yang masih keliru antara jintan putih dan jintan manis.
Struktur jintan manis adalah lebih kasar dari jintan putih, dan jintan putih digunakan untuk mendapatkan aromanya sedangkan jintan manis untuk mendapatkan rasanya.
Jintan putih dapat membantu proses pencernaan dalam perut.
Sumber Semulajadi Lebih Selamat
Berbanding dengan ubat dan suplemen, ia tiada kesan sampingan yang merbahaya.
Mana tidaknya, masak sendiri lebih terjamin mutu kebersihan dan keselamatannya.
Malah, jika diamalkan secara berterusan, manfaat rempah ratus ini dapat membantu memulihkan kesihatan tubuh badan.
Yang penting, ia daripada sumber halal dan tidak perlu was-was untuk memakannya.