Famili

15 Tempat Menarik Di Shah Alam. Boleh Makan & Lepak Sekali!

38.6K
reads

Memang terdapat banyak tempat menarik di Shah Alam yang boleh dilawati oleh penduduk sekitar mahupun pelancong antarabangsa. Pernah terkenal dengan jolokan ‘Bandar Perindustrian’ kerana padat dikelilingi dengan kilang-kilang multinasional, Bandar raya Shah Alam kini telah berubah wajah sehingga digelar ‘Bandar Raya Anggerik’.

Pembangunan terancang dan pesat menjadikannya sebuah pusat pentadbiran, perniagaan, perdagangan serta pendidikan yang terbesar di Negeri Selangor.

Tempat menarik di Shah Alam

Tahukah anda, walaupun di sebalik kepesatan, terdapat banyak tempat menarik di Shah Alam yang boleh dilawati.

Antaranya:

1. I-City

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: i-city.my

Semenjak dibuka pada tahun 2013, waktu malam di taman tema fantasi ini tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai yang ingin melihat ratusan pokok bermandikan cahaya digital, penuh warna-warni.

Rumah Salji yang dibuka sehingga waktu malam juga menjadi tarikan utama oleh mereka yang ingin merasai suasana kedinginan musim sejuk. Waktu siangnya pula, taman tema air, ‘Red Carpet’ atau muzium lilin dan galeri lukisan ‘3D The Trick Art’ menjadi tumpuan.

2. Taman Botani

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: tbnsa.gov.my

Bagi yang suka dikelilingi dengan panorama hijau, bolehlah berkunjung ke Taman Botani. Meliputi kawasan seluas 865 hektar, ia merupakan taman pertanian pertama dan terbesar, juga satu-satunya taman pemeliharaan semula jadi di Malaysia.

Menariknya, taman ini juga mempunyai Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang memberi pengalaman rakyat Malaysia menyaksikan secara dekat musim luruh, musim salji, musim bunga, dan musim panas seperti di luar negara.

Antara lain yang menarik di Taman Botani adalah taman kaktus, taman orkid, taman rempah-ratus, taman haiwan, taman rama-rama dan banyak lagi. Selain dijadikan sebagai pusat rekreasi, ia juga berfungsi sebagai pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian.

3. Perpustakaan Raja Tun Uda

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: plus.google.com

Jangan jadikan kecanggihan teknologi seperti tablet dan telefon pintar membatasi minat membaca di kalangan anak-anak anda. Pupuk semangat cintakan buku dengan membawa mereka ke perpustakaan setiap waktu lapang. Berkonsepkan serba moden, ia dilengkapi dengan perabot dan sofa yang selesa serta sudut membaca.

Selain itu, anak-anak anda boleh menyertai permainan simulasi Teater 6D, tayangan animasi di Teater 3D, permainan interaktif di Zon Kreatif, bersenam di bilik gimnasium, malah boleh bersukan secara maya.

4. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: en.wikipedia.org

Lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam nyata terserlah pada masjid kedua terbesar di Asia Tenggara dan menjadi mercu tanda bandar raya ini. Ia juga mempunyai kubah masjid terbesar di dunia manakala menaranya merupakan menara kedua tertinggi di dunia.

Memang tidak lengkap berjalan mengelilingi Shah Alam jika tidak berkunjung ke masjid yang juga dipanggil Masjid Biru.

5. Muzium Sultan Alam Shah

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: padat.gov.my

Bagi yang ingin mengetahui dan meneroka sejarah pembangunan negeri Selangor serta budaya masyarakat tempatan, disarankan mengunjungi pusat khazanah warisan negeri seluas 135,000 kaki ini.

Ia menempatkan hampir 4,000 artifak dalam balai sejarah, balai kebudayaan, balai sukan, balai warisan alam semula jadi dan balai Islam. Turut disediakan bilik repositori, makmal konservasi, auditorium dan balai pameran sementara.

6. Taman Tasik Shah Alam

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Sebagaimana tenangnya air di tasik Shah Alam, begitu jugalah tenangnya hati anda bila berada di sini. Landskapnya yang indah dan menghijau memberi kedamaian sehingga hilang segala keresahan yang melanda.

Tasik Shah Alam juga menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan menjadi persinggahan burung undan. Kemudahan prasarana yang disediakan termasuk laluan joging, lama refleksologi, pondok rehat, taman permainan kanak-kanak dan restoran.

Walaupun tempat menarik di Shah Alam yang satu ini tidaklah begitu popular, tetapi ia boleh menghilangkan stres dan lokasi hujung minggu atau setiap petang.

7. Dataran Bunga Raya

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Alang-alang berada di Tasik Shah Alam, bolehlah singgah di Taman Bunga Raya. Sambil bersiar-siar, anda boleh melihat aneka spesies bunga raya dengan warna-warna yang menarik di sekeliling taman ini.

8. Taman Tema Wet World

Terletak di pinggir Tasik Shah Alam, ia merupakan taman tema rekreasi pertama dibuka di Shah Alam yang dibina dengan mengambil kira keselamatan kanak-kanak.

Bagi yang sukakan permainan air, bolehlah mencuba gelongsor air berbukit di sini yang dikategorikan sebagai gelongsor terpanjang di dunia serta pertama seumpamanya di rantau Asia.

Jangan lepaskan peluang di cuaca panas ini dengan menyejukkan badan sambil berendam dalam kolam-kolam yang disediakan.

9. High 5 Bread Town

Foto Kredit: High5BreadTown FB Page

Foto Kredit: High5BreadTown FB Page

Roti memang sedap dimakan sama ada kosong mahupun berinti tetapi tahukah anda sejarah bermulanya roti ini? Ikuti pengembaraan sejarah pembuatan roti di Bandar Roti High5!

Anda dapat melihat sendiri bagaimana roti dihasilkan sejak lebih 5,000 tahun lalu melalui paparan interaktif dan dinding mural warna-warni sambil menghidu aroma bau roti sepanjang pengembaraan dalam bandar yang telah menerima pengiktirafan oleh Malaysian Book of Record sebagai Muzium Roti Yang Pertama di Malaysia.

10. Uptown

Jika anda ingin dapatkan barangan gajet, pakaian berjenama dan teknologi terbaru dengan harga murah, bolehlah berkunjung ke seksyen 24.

Dibuka setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 3 pagi, ia menawarkan pelbagai rangkaian produk yang jarang ditemui di tempat lain. Memang rambang mata dibuatnya.

Jangan terperanjat jika anda pulang dengan tangan penuh hasil pembelian!

11. Laman Seni 7

Bagi peminat lukisan mural bolehlah berkunjung ke Seksyen 7. Lebih spesifik lagi di lorong belakang Jalan Plumbum 7/Q.

Pelbagai motif dan imej seni sarat dengan mesej tersendiri yang terpilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam dengan tema “Komuniti Shah Alam” serta “Mesra Alam” boleh dilihat di sepanjang lorong belakang ini.

Salah satu tempat menarik di Shah Alam ini tentu digemari pelancong muda kerana konsepnya yang artistik dan ‘cool’ untuk mengambil gambar. Ia juga menjadi lokasi penganjuran aktiviti yang bermanfaat.

12. Galeri Shah Alam

Foto Kredit: bm.selangorku.com

Foto Kredit: bm.selangorku.com

Jika tidak cukup melihat hasil penggiat seni di Seksyen 7, anda boleh melihat pameran lukisan dan karya artistik oleh pelukis tempatan serta antarabangsa di galeri yang terletak di Persiaran Tasik.

Setiap tahun, pasti ada sahaja pameran seni diadakan di sini untuk mengetengahkan bakat-bakat pelukis dan pereka. Ia juga menjadi pusat rujukan seni untuk pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi dan menjadi platform untuk pelukis-pelukis baru.

13. Kompleks Taman Seni Islam

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Mahu meneroka sejarah pengembangan seni Islam? Datanglah ke Kompleks Taman Seni Islam yang terletak dalam Yayasan Restu, bersebelahan Masjid Biru.

Bangunan dua tingkat ini berfungsi sebagai pusat penjanaan ilmu berlandaskan nilai dan ajaran Islam.

Orang ramai juga boleh mempelajari seni kaligrafi, mengikuti pengajian al-Quran bersanad dan mengikuti kelas pengajian yang ditawarkan seperti kelas Bahasa Arab, kelas Tahfiz al-Quran dan Kaedah Pengajian Iqra serta Tajwid.

14. Laman Budaya

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Selari dengan namanya,ia menjadi pentas seni untuk persembahan dan aktiviti kebudayaan serta kesenian tradisional secara santai oleh pihak Majlis Bandar Raya Shah Alam. Ia sesuai dijadikan lokasi hiburan bersama keluarga.

Antara aktiviti yang sering diadakan adalah sesi muzikal, pertandingan pencarian bakat seni, acara senamrobik dan persembahan nyanyian oleh artis undangan. Pihak Laman Budaya turut menyewakan tempat ini untuk majlis keraian dan perkahwinan.

15. Litar Go-Kart

Berita baik untuk peminat sukan permotoran. Anda boleh merasai peningkatan adrenalin dengan menyertai litar go-kart di Stadium Shah Alam.

Anda boleh mengambil pakej go-kart seperti Cadet K80 Hire Kart, Yamaha 100 Hire Kart dan banyak lagi berdasarkan tahap kemahiran memandu anda pada harga berpatutan.

Akhir kata

Shah Alam adalah sebuah bandaraya terancang untuk negeri Selangor. Abaikan kata-kata warga Shah Alam yang kata, “Eleh, tempat tu tak ‘best’ pun, tak payah pergilah”. 

Bagi anda yang sekali-sekala datang ke sini, haruslah melawat semua tempat menarik di Shah Alam ini! Mereka yang menetap di sekitar Shah Alam pun belum tentu sudah menjejakkan kaki di sini.

Yang Popular

To Top