Percutian

Chalet Berkonsep Hobbit, Pet Feeding & Banyak Aktiviti Untuk Anak Di Kuala Selangor Cabin Camp

286
SHARES
hobbitstay kuala selangor

Selepas diberi kelonggaran bercuti di musim PKP, ramai yang nak cari tempat menarik untuk bawa anak-anak kan?

Khas terutamanya buat warga kota, tak payah nak pergi jauh-jauh lagi.

Ada satu ‘port’ menarik untuk bawa famili bercuti dalam suasana kampung di Kuala Selangor.

Sempena promosi pembukaan semula Kuala Selangor Cabin Camp – KSCC bermula Ahad, 12 Julai 2020, yuran masuk serendah RM5 (hujung minggu) dan RM3 (hari minggu) ditawarkan kepada pengunjung.

*Yuran masuk pada hari minggu & cuti umum bermula pada 1 OGOS dewasa RM 10.00. Kanak-kanak umur 3 – 12 tahun RM 5.00
*Hari biasa Dewasa RM 8.00. Kanak-kanak umur 3 – 12 tahun RM 4.00
*Kanak-kanak umur bawah 3 tahun PERCUMA !

Dengan yuran masuk tersebut, ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di sini.

Nak tahu apa aktivitinya?

Jom tengok gambar di bawah.

7 Aktiviti Menarik Di Kuala Selangor Cabin Camp

1. Main slide Yoyocart

2. Memancing (hanya bayar ikan RM 3.00 seekor kalau nak ambik ikan. Ikan Keli. Haruan, Puyu, Patin)

3. Berbasikal keliling kampung

4. Mencabar diri melalui obstacle / Rentas halangan

5. Mandi di mini Swimming Pool (untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja)

6. Pet Feeding (makanan ada dijual di kaunter hadapan. RM 2.00 sebungkus untuk Arnab, Angsa, Rusa)

7. Ambil gambar dihadapan tempat-tempat menarik di KSCC (seperti Hobbitstay, Cabin Type A, Tubestay, Busstay dan banyak lagi)

kuala selangor cabin camp

Penginapan Menarik Bertema HobbitStay

Yang lebih unik, di sini ada chalet comel bertemakan Hobbit.

So tak payah nak pergi jauh-jauh, dapat ambil gambar menarik untuk buat kenang-kenangan.

Bagi yang nak datang ramai-ramai tu jangan risau sebab kawasannya luas dan dilengkapi juga dengan tapak perkhemahan untuk aktiviti keluarga. Kemudahan tandas pun banyak dan waktu malam boleh buat campfire.

Untuk yang nak bermalam, ada beberapa jenis penginapan yang boleh dipilih seperti Cabin Stay, Type A Stay dan Tubestay dan HobbitStay yang siap dengan plug point sekali.

Tentunya satu pengalaman yang berbeza!

Senarai Penginapan Yang Disediakan Di  Kuala Selangor Cabin Camp

  • Homestay Weekend RM 200.00 (biasa RM 250.00) *Weekdays RM 150.00*
  • Arabian Canopy Weekend RM 120.00 (biasa RM 200.00) *Weekdays RM 100.00*
  • Busstay Weekend RM 90.00 (biasa RM 150.00) *Weekdays RM 80.00*
  • Cabinstay Toilet Weekend RM 90.00 (biasa RM 120.00) *Weekdays RM 80.00*
  • Cabinstay Biasa Weekend RM 80.00 (biasa RM 100.00) *Weekdays RM 70.00*
  • Cabinstay ‘A’ Type Weekend RM 60.00 (biasa RM 80.00) *Weekdays RM 50.00*
  • Giant Tunnel Tent Weekend RM 50.00 (biasa RM 70.00) *Weekdays RM 40.00*
  • Tubestay Weekend RM 60.00 (biasa RM 80.00) *Weekdays RM 50.00*
  • Hobbit Stay Weekend RM 40.00 (biasa RM 60.00) *Weekdays RM 30.00*
  • Villastay Weekend RM 100.00 (biasa RM 150.00) *Weekdays RM 90.00*
  • Twin Cabin Atas Weekend RM 80.00 (biasa RM 100.00) *Weekdays RM 70.00*
  • Twin Cabin Bawah Weekend RM 60.00 (biasa RM 80.00) *Weekdays RM 50.00*

*Harga promosi sehingga 31/07/2020 ini sempena PKPP.

Menarik kan?

Jadi bolehlah bawa anak-anak pergi sini bila ada masa nanti. Tentu mereka pun enjoy!

Maklumat Lanjut

Tempahan penginapan atau maklumat lanjut tentang Kuala Selangor Cabin Camp boleh didapati di laman web rasmi mereka di www.ksccjeram.com

FB/Waze: Kuala Selangor Cabin Camp – KSCC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×