Percutian

5 ‘Syurga Tersembunyi’ Di Kuala Selangor Yang Ramai Tak Tahu, Ruginya Kalau Tak Pergi!

106
SHARES
TEMPAT MENARIK DI KUALA SELANGOR

Hanya terletak satu jam dari Kuala Lumpur, memang berbaloi jika anda memilih Kuala Selangor sebagai destinasi percutian kerana banyak tempat menarik boleh dikunjungi bersama insan tersayang. Tarikan yang ada di Kuala Selangor mampu memukau pengunjung kerana tidak menyangka rupanya di Malaysia pun ada tempat seakan-akan di luar negara. Wah!

Nak tahu di manakah tempat menarik di Kuala Selangor wajib anda singgah? Ikuti perkongsian artikel di bawah ini untuk anda kunjungi hujung minggu bersama keluarga.

Baca juga: Apa Perlu Buat Bila Penerbangan Ditunda? Ini Pampasan Pengguna Boleh Tuntut

5 TEMPAT MENARIK DI KUALA SELANGOR ANDA WAJIB SINGGAH

1. BUKIT MELAWATI 

menarik di Kuala Selangor

Tempat yang wajib dikunjungi jika ke Kuala Selangor adalah Bukit Melawati. Anda boleh naik kereta api pada hari Sabtu dan Ahad.

Di atas bukit melawati ada rumah api, muzium dan yang paling seronok ada haiwan seperti monyet tapi dia lebih comel dan jinak, bulu berwarna hitam, namanya lotong. Pemandangan matahari terbenam di Bukit Melawati sungguh cantik.

Tiket kereta api: RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak.

2. SKY MIRROR 

Sky mirror ini tempat paling rare! Perjalanan naik bot dari Jeti Pasir Penambang ke Sky Mirror mengambil masa sekitar 25 minit.

Di pertengahan jalan, bot akan berhenti sekejap bagi burung helang makan. Helang di sini memang banyak, siapa yang bawa anak kecil, mesti mereka teruja.

percutian kuala selangor

Tiket : RM30 (Helang)

Kemudian bot teruskan perjalanan ke Sky Mirror, di sinilah syurga tersembunyi Kuala Selangor yang orang ramai belum ketahui. Sky Mirror ini unik sebab berada di tengah laut, macam pulau tapi ia cuma timbul beberapa jam dan kembali normal semula.

menarik di Kuala Selangor

Untuk makluman anda, Sky Mirror ini ada dua saja di dunia, iaitu di Bolivia dan Malaysia. Bergambar di Sky Mirror memang cantik! Lagi-lagi jika langit berwarna biru, pantulan langit lebih jelas.

Tips untuk gambar nice, anda perlu pakai pakaian yang berwarna-warni, contoh warna kuning, oren, hijau, merah supaya gambar reflection lebih menarik.

3. BLUE TEARS

menarik di Kuala Selangor

Ini lagi satu keajaiban yang saya lihat depan mata. Waktu senja, langit dah gelap, bot perjalanan pulang ke Kuala Selangor. Kemudian bot pergi ke satu kawasan tengah laut, saya diberi jaring ikan seperti di akuarium tu.

Lalu saya sauk jaring tersebut ke dalam air laut, tiba-tiba jelas kelihatan blue tears. Saya kagum sangat! Tak-tahu nak cakap macam mana. Benda blue tears ini macam butiran-butiran lampu biru. Memang teruja!

Tiket: RM30

4. KELIP-KELIP 

menarik di kuala selangor

Bila dah malam, gelap, sunyi, bunyi cengkerik. Bot lalu slow tepi-tepi pokok bakau, kelihatan penuh kelip-kelip berterbangan di sekitar pokok.

Seperti di Amazon Brazil, saya bercuti dekat sini macam mimpi. Tak sangka yang kelip-kelip banyak, sampai masuk ke dalam bot sehinggakan saya berzikir melihat kebesaran Tuhan. Subhanallah, cantik sungguh.

Kalau nak pergi jelajah 3 tempat sekaligus Sky Mirror, Blue Tears dan Kelip-Kelip, saya sarankan anda booking pakej combo, lagi jimat daripada booking asing-asing.

Tiket: RM25

5. SEKINCHAN PADI BOX 

menarik di kuala selangor

Saya menginap di Padi Box yang dikelilingi sawah padi. Tenang betul, bangun pagi dengar bunyi burung berkicauan. Wahhh inilah syurga dunia!

Anda boleh lakukan aktiviti mengayuh basikal, main layang-layang sambil minum air kelapa pandan dan makan jagung bakar.

Harga: RM118/night (2pax)

Kalau nak bertenang rehatkan minda, pergilah bercuti ke Kuala Selangor kerana tempat pelancongan yang sangat menarik dan anda tak akan menyesal. Seronoknya!

Sumber: Facebook Arif Azhar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×