Percutian

Fenomena Unik Setahun Sekali, Boleh Jalan Kaki Rentas Laut Di Pulau Pangkor!

46
SHARES

Kebiasaanya bila ke Pulau Pangkor pasti pelbagai pulau kita jelajahi menaiki bot yang disewa di kawasan sekitar. Menariknya, jika anda bercadang mahu bercuti pada bulan Febuari ketika perayaan Tahun Baru Cina, ada satu fenomena unik yang wajib anda rasai sendiri iaitu pengalaman merentas lautan pada jarak 400 meter dengan hanya berjalan kaki. Nampaknya boleh la cuba pengalaman ini pada bulan hadapan bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan.

Baca juga: Itinerari Penuh Percutian 4H3M Ke Pulau Pinang, Semua ‘Port’ Terbaik!

FENOMENA UNIK SETAHUN SEKALI, JALAN KAKI RENTAS LAUT

Nak datang dah bulan depan. Fenomena Pulau Pangkor Perak. Hanya berlaku setahun sekali di bulan februari. Air surut dari Teluk Nipah ke Pulau Giam.

Bagi yang nak merasa menyeberangi laut dengan hanya berjalan kaki Jom ke Pulau Pangkor. Jalan kaki dari Teluk Nipah ke Pulau Giam, fenomena air surut akan terjadi setahun sekali di bulan februari sahaja tau!

Boleh la plan siap-siap. Personally pandangan saya, sila pakai juga life jacket, untuk keselamatan. Fenomena alam ni tak boleh jangka kan?

Fenomena luar biasa ini sudah tentunya diserbu oleh orang ramai kerana mahu merasai pengalaman berharga itu sendiri tapi sebelum pergi, jangan lupa check jadual air pasang surut supaya tak tersilap hari. Penat-penat datang dari jauh tapi salah hari. Kan dah rugi tu!

Sumber: Facebook Ahmad Syamil Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×