Percutian

Itinerari Penuh Percutian 4H3M Ke Pulau Pinang, Semua ‘Port’ Terbaik!

79
SHARES

Pulau Pinang atau lebih popular dipanggil Penang merupakan antara negeri yang menjadi tarikan pelancong dalam atau luar negara. Negeri yang terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia itu mempunyai pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi untuk seisi keluarga.

Oleh itu, kalau anda semua tak ada idea nak kemana ketika berada di Pulau Mutiara, apa kata follow itinerari Aziera Dianza selama empat hari di Pulau Pinang. Semua tempat seronok!

Baca juga: Itinarari Percutian 3H2M Ke Pulau Sipadan Sabah, Sama Macam Di Maldives!

ITIINERARI PENUH PERCUTIAN 4H3M KE PULAU PINANG

Itinarari Pulau Pinang (Penang) 4 hari 3 malam.

HARI PERTAMA

Touchdown je kluar airport terus amik grab ke Cargas Cafe. Boleh je nk jalan kaki sebab depan airport je tapi beg berat. Malas nak menapak.

  • Grab RM5
  • Nasi kandar ayam goreng Rm7. (murah n sedap)

– Ambil grab ke Chulia Rd. untuk sewa moto.

  • Grab airport – chulia (Rm23)
  • Sewa moto sehari rm30. Sebab sewa 4 hari dia bagi la rm27 sehari. Dapat moto baru.

– Checkin Grand Inn Hotel. Selesa luas. Dekat ngn semua tempat-tempat yang ingin dilawati. Recommended.

–  The Top ambil pakej Dinosaur, Rainbow Skywalk, Observation Deck n Aquarium. Paling hakak suka aquarium dia. Sangat menarik dan unik hiasan dlm aquarium. Ade ikan nemo gak.

  • Tiket Rm75

– Dinner di Padang Kota Lama

  • Pasembur Hj. O.S. Ibrahim (RM15)
  • Mee sotong – rm7 (sedap)
  • Charkueyteow Gitu2

– Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama

HARI KEDUA (Teluk Bahang dan Batu Ferringhi)

– Breakfast di Transfer Road Kedai Iqbal. Roti canai ayam mantop tak muak.

  • Roti Canai Ayam – rm9
  • Roti Canai Daging – rm7

– Hijau air kt Taman Rimba Teluk Bahang. Tenang sejuk je. Pastu boleh masuk muzium dia. Rm1 je weh..

– Jeti Nelayan Taman Negara dan Taman Negara Pulau Pinang. View osem kt cni. Kalau korang nk g monkey bay boley ambil boat dari sini.

– Lepak makan jagung cup cornflakes mo cendol kt tepi pantai Miami. Sepanjang jln turun dari teluk Bahang ke bt feringhi tu mmg bnyk je port utk lepak tepi pantai.

– Singgah di Masjid Terapung. Katenya masjid ni merupakan tapak kesan tinggalan kejadian Tsunami dulu tu.

– Dinner di Padang Brown. Lebih selesa dan x padat sangat org berbanding kt padang kota lama. Wajib try mee goreng special kt Ghani Mee Goreng.

– Supper Nan Cheese Kapitan. Urmm.. Kureng kot.. Sejuk nan cheese n kuah ea. Cheese pun kureng dan kering. Sodap lagi nan cheese RsMy.

HARI KETIGA

– Breakfast di Astaka Tmn Tun Sardon. Target nk makan nasi lemak lemuni (xdo) ngn serabai (tutup plak kodai ea). Serabai tu mmg femes kt cni. So hakak makan Capati, roti telo goyang dan ade hamba Allah sedekah nasi lemak free. Alhamdulilah.

– Gerak ke Cable Car, xde rezeki nak naek sebab tutup under maintenance pula. So plan hakak nk g Kopi Hutan ngn the habitat pun tergendala la.

– Tukar plan terus ke Muzium P. Ramlee. Sangat menggamit kenangan dan penuh nostalgia. Best sini. Berbaloi.

  • FREE

–  Lopeh ponek shopping tu. Cuace plak paneh bedonting. Pekena air sirap sarbat n cendol Ais Tingkap.

– Hakak nak rekemen Kedai Jeruk Kita D’ Jeruk KITA . Owner org melayu kita. Peramah org ye. Hj Bakar. President Penang Mountain Bike. Hj Bakar pernh wat kayuhan basikal ke London xsilap hakak. Jeruk-jeruk kt kedai dia fresh n sedap.. Mmg hakak borong jeruk kt sinim jela. Jeruk dia x terik kt tekak. Recommended.

– Muzium Wonderfood. Yang ni automatik je masuk terus lapar. Sangat best tempat ni. Mmg nmpk real replica makanan kt sini. Unik kreatif terbaek.

  • RM15

– Lunch di Restoran Hameediyah. Kedai viral sotong.

– Dah muak makan kari. So mlm ni hakak g carik kedai Siam. Pekena siakap. Harge murah n berpatutan kt kedai ni. Staff pun peramah. Servis pantas.

– Pusing-pusing bergambar di Street Art Penang.

HARI KEEMPAT

– Roti Bakar Hutton Lane. Roti Bakar telo goyang dia mantull.. Nasi lemak pun sedap.

– 2nd port breakfast Gemas Transfer Rd. pekena Roti Canai ayam special. Siap ade telo goreng n cheese. Roti Bakar telo goyang dia kureng ckit la.

– Checkout hotel dan pulangkn moto. Ambil grab ke Jeti Swettenham Pier untuk ke Butterwoth. Perjalanan dlm 10minit je naIK feri ke Butterwoth. Free plak tu. Kalau lalu jambatan dlm setengah jam jgak la kalau tak jem.

– Lewat petang baru makan di area Bukit Mertajam. Kawan-kawan dok penang bawak port sedap pekena mee Udang n nasi goreng udang fresh.

Alhamdulilah. Allah permudahkn segala urusan kami disana.

Sunber: Facebook Aziera Dianza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×