Percutian

Itenarari Percutian 3H2M Ke Pulau Sipadan Sabah, Sama Macam Di Maldives!

122
SHARES

Kalau bercuti ke negeri di bawah bayu, memang wajib untuk singgah di pulau-pulau menarik di sana. Antara yang menjadi sebutan ialah Pulau Sipadan. Percutian ke Pulau Sipadan sudah tentu akan memberi kenangan manis kerana panaromanya yang indah dan cantik untuk dinikmati.

Bagi pengantin yang mahukan honeymoon ala-ala di Maldives, anda boleh la cuba ke Sipadan Dive Kapalai Resort dan ianya merupakan private island. Ikuti perkongsian Shahul Nizam Omar di bawah.

Baca juga: Itinerari Percutian 3H2M Ke Pulau Perhentian Bersama Anak, Siap Ada Private Pool!

ITENARARI PERCUTIAN 3H2M KE PULAU SIPADAN SABAH

Saya nak berkongsi stay di Sipadan Dive Kapalai Resort Sabah 3hari 2malam private island. Tak sangka kita ada resort jauh lebih cantik dari Maldives dan murah. Impian selama 4 tahun saya tercapai nak stay disini di tengah lautan private island .

Alhamdulillah. Trip bermula ambil flight Air asia atau boleh ambil MH awal pagi dari KL ke Tawau. Sampai Airport dijemput oleh driver terus bawa ke Semporna private Jetty (1jam perjalanan). Selepas isi form maklumat penginapan speed boat akan bawa kita terus ke resort (40 min perjalanan).

Pulau Sipadan

Tiba sahaja dalam masa tengahari terus dapat welcome drink dan buffet lunch. Ada staff akan datang brief kat kita pasal resort dan lain-lain. Bagasi dan kunci dh siap staff aturkan dan naik buggy ke bilik.

Subhanallah tak terungkap kata bertapa cantik dan indah sangat tempat ni. Masuk bilik luas sangat walaupun kami berdua. Tengok pemandangan ikan coral di balcony berenang2 mmg rasa best sangat.

Paling best sini juga makan 3 kali sehari menu buffet dia pun bertukar dan sedap sangat juga banyak pilihan. Tea time setiap hari mula 3pm-5pm. Wow duduk sini tak akan rasa lapar dan bawa mee segera bagai. Housekeeper cepat je datang jika nak bersih bilik.

Buggy sentiasa lalu jika nak ke mana-mana. Bilik sini ada yang ada aircond dan kipas tapi malam tdo pun boleh buka pintu balcony tingkap bagai angin masuk. Sini 24 hrs ada electric dan juga fresh water supply. Dalam bilik tea coffee mineral water semua ada. Resort 5* kata kan.

Tak sangka stay luar bilik boleh nampak coral, ikan-ikan, turtle, stingray lalu macam tu sahaja tenang rasa. Fuhh kalau nak amik gambar banyak tempat especially sunset dan sunrise dia memang Wow.. 530am dah sunrise.

Dari segi keselamatan kat sini ada tentera mengawal 2/3 post 24 jam sempat berborak dengan abang askar juga. Luas resort ni dari hujung ke hujung 1.3km dan mana-mana bot snorkeling mereka pantau. Guest yang stay kat sini semua mereka ada list jika jadi apa-apa ada button dalam bilik dan mereka akan datang check.

Aktiviti boleh buat kat sini snorkeling, kayuh basikal, kayak dan diving.. Nak mandi ada tempatnya. Ikan-ikan dia kat sini memang macam dalam aquaria. Seronok tengok burung kejar ikan-ikan kat sini dan bila air surut air yang jernih lagi.

Fuhh saya tak tau nak cakap mmg nak repeat lagi setiap tahun. Tak ada nak benda nak complain sejak langkah masuk sampai check out saya bagi resort ni PERFECT 10⭐

Mesti korang tanya kat mana nak booking kan. Kalau tengok website hotel 1 malam per person 3h2m RM 18++ tak termasuk flight dan online booking lain tak ada juga agent di sabah.

Ok korang semua boleh plan ke sini x yah terbang jauh ke Maldives dan bayar lebih. Pengalaman seumur hidup itu yang berharga.

Sumber: Facebook Shahul Nizam Omar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×