Percutian

Itinerari Percutian 3H2M Ke Pulau Perhentian Bersama Anak, Siap Ada Private Pool!

1.7K
SHARES

Bagi yang mengemari aktiviti pantai sambil menikmati keindahan semula jadi, Terengganu merupakan destinasi tepat dan sesuai untuk dikunjungi. Terdapat beberapa pulau popular di sana yang menjadi daya tarikan pelancong luar. Antaranya ialah Pulau Perhentian.

Jangan lepaskan peluang untuk melancong bersama keluarga dan anak-anak ke Pulau Perhentian seperti perkongsian ibu ini di laman Facebooknya. Yang penting SOP sentiasa jaga meskipun bersama anak-anak kecil. Jom baca…

Baca juga: Ibu Kongsi Cara Dapatkan Diskaun Hotel RM50-100, Semua Negeri Boleh!

ITINERARI PERCUTIAN 3H2M KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA ANAK

Assalamualaikum. InsyaAllah saya nak kongsikan review kami sekeluarga staycation di sini selama 3 hari 2 malam.

pulau perhentian

  • Hotel: Coral View Beach Resort, Pulau Perhentian
  • Masa: 3D2N
  • Platform: Booking direct staff, En. Taufiq Hashim. Hes very nice person.
  • Tarikh check in : 11/10/2021
  • Tarikh check out : 13/10/2021
  • Harga : Rm450 per night (Promo)
  • Bilik : Family Suite Sea View

Alhamdulilah. Ini adalah staycation kami kali kedua di sini. Kami naik bot melalui jeti Kuala Besut, menggunakan bot Trans, booking dengan staff bernama Kakta (011-2549 2379). Last bot pukul 4, tengok atas demand.

Malangnya, kami terlewat sampai, dan bot telah berlepas, kakta cadangkan pakai chartered boat (bot cata panggilannya), tak campur orang, dan harganya ikut bot. Nanti boleh tanya direct kakta ya.

Selamat je sampai di jeti Bharat (jetinya berhadapan Resort Bharat), kami disambut oleh dua staff yang bantu angkat beg kami. (Inform reception untuk servis angkat beg).

Kami pilih family suite sea view kerana di depan bilik ada private pool, dan depan pool ada laut. Sangat best. Memang berbaloi dengan harganya. Bilik pun sangat cozy. Bathroom pun bersih dan selesa.

Hari pertama:

1st day tak buat apa sangat sebab dah lewat. Check in, anak-anak pakat tukar swimsuit, terjun kolam. Around 6pm, kami dine-in di restoran CVBR ni.

HARI KEDUA:

2nd day kami breakfast di restoran, makan breakfast ala carte sebab penghuni resort tak mencapai kapasiti untuk buat buffet. Around 10am kami snorkelling, book private bot dengan En. Sabri Dolphin (019-9635624). Orangnya sangat humble dan baik.

Peralatan snorkelling juga disediakan. Tapi nak elok, better korang beli siap-siap dekat shopee. Bawah Rm50 je tau. Kami dibawa ke 4 point:

– point pertama ke tempat belajar snorkelling, which is kena pakai vest (wajib) dan cuba untuk mengapungkan diri, sekali pakai aksesori snorkelling. InsyaAllah tak tenggelam sebab vest tu fungsinya mmg untuk mengapungkan.

– Second point, En. Sabri bawak kami ke tempat snorkelling yang memang agak dalam, sempat nampak baby shark tau. Airnya masyaAllah sangat jernih, nampak sampai ke dasar laut. Rasa kerdil sangat diri ni bila melihat keindahan dasar laut yang sangat menakjubkan.

– Third point, kami dibawa ke checkpoint penyu. Alhamdulilah, sampai je, penyu memang dah ada. Macam menantikan kedatangan kami je. Hiks. memang ni port penyu rilek santai sambil makan-makan dekat dasar laut.

– Fourth point, ke pantai yang putih pasirnya. Cantik sangat pemandangannya. Allahuakbar. Tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Memang wajib korang pergi.

Settle anak-anak mandi manda, kami minta En. Sabri bawa kami ke Perhentian Kecil untuk makan nasi berlauk. Anak tekak ni nak jugak makanan org kampung. Perut dah kenyang, hati pun dah tenang, kami balik ke resort, sambung main public pool (ada pool dewasa & pool kanak-kanak), lepas tu sambung lagi main private pool depan bilik.

HARI KETIGA:

3rd day, bangun pagi je, anak-anak terjun kolam, kami call En. Sabri sebab nak bersarapan di Perhentian Kecil. Masa melintas depan restoran nak ke jeti baru perasan ada buffet. Sayangnya lahai. Mungkin semalam ramai check in, menjadikannya cukup untuk kapasiti buffet.

Takpelah. Tak ada rezeki. Then, kami proceed ke Perhentian Kecil, banyak pilihan makanan. Ada nasi minyak, nasi lemak, mee goreng, roti canai, dll. Jangan lupa makan kuih Kak Tini tau! Memang terbaik. Usai breakfast, kami balik ke resort, packing apa yang patut dan say bye-bye to CVBR. InsyaAllah, next year kami akan repeat lagi.

Staff dekat sini sangat la baik, servis tip top, bila panggil terus meluru laju. Terbaik

Masa check out, sempat bertemu dengan owner resort, Puan Faridah. Sangat peramah orangnya. Beliau siap bawak kami round ke bilik yang lagi best, ada 2 bilik yang sangat besar, lengkap dengan ruang tamu, dan pantry. Setiap bilik ada bathroom tau. Memang confirm kami book bilik ni next year. Ajak parents sekali. Overall, im very satisfied.

Sumber: Facebook Aziey Alias

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×