Percutian

Itinerari Penuh Trip Ke Phu Quoc Vietnam 5H4M, Bajet Tak Cecah RM1000 Pun. Wow!

32
SHARES
PHU QUOC VIETNAM

Phu Quoc Vietnam merupakan pulau terbesar dan bersempadan dengan Cambodia. Sekiranya anda suka melakukan aktiviti pantai, ini adalah destinasi tepat untuk bercuti.

Menerusi perkongsian Eady MH, percutian selama 5 hari 4 malam di sana merupakan satu pengalaman indah dan tidak dapat dilupakan. Kalau nak ke sana, boleh ikut itinerari yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: WOW! Lebih 70 Tempat BEST Ada Di Terengganu, Jom Kita Pakat Pergi Ganu!

ITINERARI PENUH KE PHU QUOC VIETNAM SELAMA 5 HARI 4 MALAM

PHU QUOC VIETNAM

Full itinerary kami ke Phu Quoc, 29 Julai hingga 2 Ogos 2023. Secara tepatnya, ia terletak di hujung selatan Vietnam. Trip ini bermula dari Ho chi minh, Trip bersama keluarga di Ho Chi Minh dan berpisah di Airport Tan Son Nhat.

29 Julai, Sabtu

– Terbang pada 2:00PM HCM – 2:55PM PQC sampai di lapangan terbang (Vietjet)
– Grab ke hotel 110k vnd (kalau nak naik grab di airport untuk ke hotel make sure book dalam aplikasi Grab sahaja sebab di luar airport ramai yang mengaku driver grab, harga mgkin akan jadi mahal)
– Check in Lucky Phu Quoc Hotel (Long Beach – Duong Dong) Booking menggunakan aplikasi Agoda.
Restaurant Halal Foods Phú Quốc:

  • Sri Mutiara Restauran
  • Pantai Long Beach
  • Night market Phu Quoc
  • Kingkong mart

30 Julai, Ahad

– Sewa motor di hotel 150k vnd sehari.
– Sun World Hon Thom Cable Car Terminal.
– Tiket beli dekat Klook.
– Boleh bawa masuk makanan.
– Cable car terpanjang di dunia,merentasi lautan.
– Wajib cuba rollercoaster kayu.
– Sunset Town
– Pusing-pusing dengan motor baru puas hati, banyak tempat ootd
– Sejukkan diri dalam Starbucks
– Cau Hon – Kiss Bridge (tempat tarikan terbaru dan akan dibuka nanti)

31 Julai, Isnin

– Grand World Phú Quôc
– Free entrance and parking
– Muzium Teddy Bear
– Vinpearl Safari
– Sunset Sanato- Bäi biên Sunset Sanato
– Tiket beli dekat Klook
– Night market Phu Quoc
– Restaurant Halal Foods Phú Quốc ( Sri Mutiara Restaurant)

PHU QUOC VIETNAM

1 Ogos, Selasa

– Vinwonder (sehari dalam ni)
– Ticket beli dekat Klook
– Boleh bawa masuk makanan
– Grand World Phú Quôc (night view)
– Restaurant Halal Foods Phú Quốc ( Sri Mutiara Restaurant)

2 Ogos, Rabu

Check out dan grab ke airport (4:05PM PQC- KL 16:55PM)

Info tambahan: 

1. Bekalan dari Malaysia nasi goreng sharifah, mi segera dan snack.

2. Souvenir, snack halal beli dekat King Kong Mart (dekat hotel)

3. Fridge magnet saya beli dekat King Kong Mart sebab banyak pilihan.

4. Tshirt Phu Quoc boleh beli di night market.

5. Sewa motor 150k sehari

6. Restaurant Halal Foods Phú Quốc (Sri Mutiara Restaurant satu2nya restaurant halal dekat Phu Quoc)

7. Servis tour guide, sewa motor, kereta dan lain-lain lagi juga disediakan.

8. Currency VND 1juta = RM198

9. Bawa motor di Phu Quoc selamat tak sesibuk di Ho Chi Minh.

10. Phu Quoc ramai pelancong korea.

11. Ticket flight, hotel dan lain-lain booking sebulan awal.

PHU QUOC VIETNAM

Total Hangus RM833

Tiket penerbangan dari Ho Chi Minh – Puo Quoc RM120

Tiket penerbang Puo Quoc – KL RM100

Lucky Phu Quoc Hotel 5H4M RM120 (Agoda)

Vinwonder RM167 (www.vinwonders.com)

Sun World Hon Thom RM110 (Klook)

Bãi biển Sunset Sanato RM18.00 (Klook)

Tukaran duit 1Juta VND/RM198

Seronoknya!

Baca juga: Lebih 20 Kali Pernah Melawat Kota Al Ula, Wanita Ini Pesan Hidup Ini Kena Ada Ilmu

Sumber: Facebook Eady MH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×