Percutian

Tips Melancong Ke Vietnam Kena Ambil Kira, Boleh Menyesal Kalau Tersalah Langkah

2
SHARES
MELANCONG KE VIETNAM

Bagi yang ingin melancong ke Vietnam dan beberapa destinasi lain di sana, anda perlu ketahui beberapa tips seperti perkongsian di bawah. Hal ini kerana masih ramai yang belum tahu dan ‘menyesal’ apabila tiba di sana.

Perlu diingatkan bahawa bukan persiapan barang keperluan sahaja yang penting, hal-hal lain seperti jarak sesuatu tempat juga perlu diambil kira. Jangan tersilap langkah, rugi percutian anda!

Baca juga: Panduan Percutian Lengkap Di Singapura, Jalan Satu Hari Pun Dah ‘Cover’ Semua

MELANCONG KE VIETNAM LEBIH BERBALOI, IKUT TIPS INI

MELANCONG KE VIETNAM

Jadi, bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku ketika melancong ke Vietnam, ketahui tips penting di bawah ini:

– Kawasan sejuk pada bulan 12 – 2 adalah di Hanoi dan Sapa namun mengambil masa selama 4 hingga 5 jam jika menaiki bas.

– Ga Hiang merupakan destinasi yang digemari oleh geng motor kerana laluan tersebut agak mencabar. Anda perlu lebih berhati-hati sekiranya melalui kawasan ini ketika musim hujan. Jalan licin dan gunung-ganang yang membahayakan.

– Ninh Binh River dan Halong Bay River antara kawasan tarikan ketika musim sejuk.

– Seterusnya, Dalat merupakan antara lokasi popular sekiranya melancong ke Vietnam. Buat pengetahuan anda, penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Dalat sudah beroperasi.

– Ho Chi Minh ‘syurga’ bagi anda yang suka membeli-belah pelbagai barangan seperti kain pasang, beg tangan, baju dan lain-lain.

– Perjalanan Danang to Hoi An hanya mengambil masa kurang 1 jam dengan menaiki kenderaan darat. 

– Nha Trang dan Mui Ne merupakan pulau popular dan destinasi pilihan ramai sekiranya ingin menikmati alam semula jadi.

– Phu Quoc menjadi destinasi pilihan orang pelancong dan buat pengetahuan anda, cuaca di sini panas.

Itu sahaja beberapa tips melancong ke Vietnam anda perlu tahu. Dinasihatkan agar merancang perjalanan dengan betul supaya tidak berlaku sebarang kerugian.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat pembaca di luar sana dan selamat melancong!

Baca juga: Senarai Makanan Halal Di Paris, Jangan Lupa Singgah Bila Dah Sampai Sini!

Sumber: Facebook Mazuin Noordin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×