Famili

‘Kopi Saigon’ Kopi Vietnam Paling Kaw, Minum Secawan Tak Cukup!

28
SHARES

Sebut sahaja mengenai kopi Vietnam sudah tentunya anda akan teringat Kopi Saigon. Siapa peminat kopi tetatpi belum pernah mencuba Kopi Saigon memang rugi kerana ia merupakan kopi Vietnam paling sedap dan kaw di abad ini!

Pada mulanya Kopi Saigon hanya beroperasi secara suka-suka ketika PKP Jun 2021 oleh Acapkay, Fana dan rakan-rakannya tetapi sambutan yang diterima sangat tidak masuk akal.

Baca juga: Pening Nak Order? Ini Maksud & Jenis Kopi Yang Selalu Dijual Di Kafe

KOPI SAIGON KOPI VIETNAM PALING KAW, MINUM SECAWAN TAK CUKUP!

Perjalanan bermula di outlet pertama iaitu di Dato Harun, di situlah bermula segalanya. Siapa sangka, baru sahaja 3 hari beroperasi orang mula serbu sehinggakan ada yang sanggup beratur selama 2 jam untuk dapatkan Kopi Saigon.

Disebabkan penerimaan yang begitu ramai ketika awal pembukaan, Kopi Saigon mula membuka langkah untuk menawarkan pakej rakan niaga bagi melebarkan sayap perniagaan.

Ini kerana selaras dengan misi Kopi Saigon iaitu ingin membudayakan minuman kopi di kalangan rakyat Malaysia di samping dapat berkongsi rezeki.

KEUNIKAN NOMBOR 1 KOPI SAIGON

Salah satu keunikan Kopi Saigon yang menjadikan jenama ini terus kekal di takhta nombor 1 kerana seasonal drinks yang sentiasa up-to-date dan menarik.

Promosi terbaharu ialah Kopi Saigon ada perkenalkan Dessert Seasonal Drinks yang sememangnya sedap dan padu. Best-seller untuk seasonal drinks kali ini tidak lagi dan tidka bukan, Kopi Buttercream. Wajib cuba kalau dah sampai Kopi Saigon.

INGIN BUKA 200 OUTLET DI MALAYSIA

Dengan moto “Tiada Hari Tanpa Kopi,” Kopi Saigon kekal menjadi pilihan hati rakyat Malaysia dan terus kekal menjadi jenama kopi Vietnam terpopular di Malaysia.

Perjalanan baru sahaja bermula, Kopi Saigon meletakkan sasaran 200 outlet menjelang tahun 2023 dan terus bersemangat bagi memastikan semua Saigoners kekal terhidrasi bersama Kopi Saigon. Jika anda berminat untuk sertai pakej rakan niaga, boleh ke laman Instagram @kopisaigon.hq & klik link di bio.

Sehingga ke hari ini, jumlah outlet Kopi Saigon bakal mencecah angka yang ke 40 dalam masa terdekat. Boleh kunjungi laman sesawang kopisaigon.com/lokasi untuk check lokasi terdekat dengan korang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×