makanan

Pening Nak Order? Ini Maksud & Jenis Kopi Yang Selalu Dijual Di Kafe

11K
SHARES

Sejak dah boleh dine-in ni, best juga kalau pekena kopi di café atau kedai kopi hipster pada hujung minggu. Macam-macam jenis kopi yang boleh kita nikmati.

Nak menyebutnya pun kadang-kadang sampai berbelit lidah.

Mengikut namanya, semua minuman kopi disediakan dengan cara berbeza mengikut namanya. Jangan sampai tersalah order pula!

Terdapat 3 kumpulan utama menu kopi iaitu :

  • Black Coffee – Kopi yang disediakan tanpa campuran susu, krim atau syrup.
  • Milk Based Coffee – Kopi yang disediakan dengan campuran susu bagi menghasilkan aroma kopi yang lebih berlemak.
  • Iced / Cold Coffees – Kopi yang disediakan sejuk sama ada diseduh dengan sejuk atau ditambah ais.

Jom kita kenali jenis-jenis kopi mengikut kumpulannya satu-persatu.

1. Jenis Kopi Hitam (Black Coffee)

Menu kopi dalam kumpulan black coffee kandungan kafeinnya lebih kuat membuatkan ia paling sesuai diminum pada waktu pagi atau bagi menghilangkan mengantuk.

 

i) Espresso

Kredit Foto : teacoffeecup.com

Espresso ialah kopi pekat yang dihasilkan daripada biji kopi yang disteam pada tekanan yang tinggi.

Disebabkan ia sangat pekat, espresso hanya akan disediakan dalam cawan kecil 30 ml.

Kalau anda perasan,Vincenzo selalu minum kopi ni.

Disebabkan kepekatannya, espresso sering digunakan sebagai base kepada minuman lain seperti Americano.

Kredit Foto : soompi.com

 

ii) Doppio

Doppio pula bermaksud dua kali ganda dalam bahasa Itali.

Dalam dunia kopi, ia bermaksud espresso double shot atau 2 sukatan espresso.

Doppio juga disediakan dalam cawan kecil seperti espresso.

 

iii) Americano

Americano pula dihasilkan dengan mencampurkan air panas pada espresso bagi mendapatkan secawan kopi panas.

Americano juga boleh disediakan secara sejuk dengan menambah ais.

Lebih kurang kopi ‘o’ lah tu kan?

Long Black

Sama ada espresso atau air panas yang dituang dahulu, ada bezanya tau!

Americano dibuat dengan mencampurkan air panas pada secawan espresso, Long Black pula dibuat dengan mencampurkan espresso pada secawan air panas.

Lapisan espresso yang kekal di permukaan ataslah yang membuatkan Long Black rasanya lebih pekat berbanding Americano.

Kredit Foto : kingsofcaffeine.com

2. Pilihan Kopi Susu (Milk Based Coffee)

Kalau anda sukakan rasa kopi lemak berkrim dengan rasa kepekatan kopi yang lebih rendah, milk based adalah yang paling sesuai untuk anda.

Sangat sesuai diminum pada waktu petang.

Antara menu milk based coffee yang popular di café ialah :

i) Flat White

Flat White tidaklah sama seperti White Coffee.

Sebaliknya, Flat White disediakan dengan mencampurkan espresso dengan steamed milk.

Rasa espresso masih mendominasi Flat White dengan susu menambahkan lagi rasa berkrim pada secangkir kopi ini.

jenis kopi

Kredit Foto : littlecoffeeplace.com

ii) Cappucino

Cappucino juga mengandungi espresso dan susu.

Namun, apa yang membezakannya ialah Cappucino mengandungi 1/3 espresso, 1/3 foamed/frothed milk dan 1/3 steamed milk.

Sesetengah café juga menyediakan Cappucino dengan krim berbanding susu.

iii) Macchiato

Secara ringkasnya, macchiato ialah espresso shot yang ditambah dengan sedikit susu.

Seperti Doppio, macchiato juga dihidangkan di dalam cawan espresso yang kecil.

iv) Caffè Latte

Caffè Latte atau Latte pula ialah milk based coffee dengan kandungan susu paling tinggi antara semua jenis milk based coffee tetapi masih mengekalkan rasa espresso yang kuat.

Sering disamakan dengan Flat White, Latte sebenarnya mempunyai lebih banyak kandungan  foamed milk berbanding Flat White.

Kredit Foto : coffeeaffection.com

Latte juga lebih popular kerana sering dikaitkan dengan latte art yang sangat cantik dilukis menggunakan foamed milk di atas permukaannya.

v) Mochacchino / Mocha

Mochaccino atau mocha ialah sejenis minuman daripada variasi Caffè Latte yang mengandungi double shot espresso, foamed milk, dan perisa tambahan seperti cocoa powder atau chocolate syrup.

Rasanya yang tidak terlalu pahit menjadikan ia sesuai untuk yang baru berjinak-jinak untuk minum kopi.

jenis kopi

 

Kredit Foto : teacoffeecup.com

3. Pilihan Jenis Kopi Sejuk (Iced / Cold Coffee)

Iced coffee pula sesuai bagi yang sukakan aroma kopi dengan rasa sejuk yang menyegarkan.

Ada dua cara membuat iced coffee iaitu diseduh secara sejuk (cold brew) atau dibuat secara panas kemudian ditambah dengan ais, susu sejuk atau ais krim.

i) Cold Brew Coffee

Cold brew dibuat dengan mencampurkan air sejuk yang dicampurkan dengan serbuk kopi dan dibiarkan semalaman.

Sesetengah café menjual cold brew coffee di dalam botol kaca.

Cold brew coffee juga diminati ramai kerana kadar kafeinnya yang lebih rendah.

Kredit Foto : brotenders.com

ii) Frappe

Frappe mengandungi serbuk kopi, ais, susu dan gula yang diblend dan ditambah whipped cream di atasnya.

Frappe tidaklah sama dengan Frappucino yang dijual di Starbucks.

Berbanding Frappe yang dibuat hanya menggunakan kopi sebagai asas, Frappucino Starbucks pula boleh dihasilkan daripada pelbagai base lain seperti coklat, vanilla, matcha dan sebagainya.

jenis kopi

Kredit Foto : hy-vee.com

iii) Affogato

Affogato pula sifatnya lebih kepada pencuci mulut berbanding minuman.

Ia diperbuat daripada aiskrim vanilla yang dituang dengan espresso.

jenis kopi

Kredit Foto : pinterest.com

Baca juga: Cara Pilih Jenis Susu Di Pasaran Ikut Label & Kandungan Supaya Tak Tersalah Beli

Mana Satu Jenis Kopi Pilihan Anda?

Mana satu kopi yang dirasakan sesuai dengan cita rasa anda?

Semua jenis kopi ada rasa yang berbeza dan kepekatan rasa kopi yang unik.

Untuk mencelikkan mata di waktu pagi, pesanlah kopi dari jenis Black Coffee.

Untuk rasa yang kurang pekat dan berlemak, milk based coffee pula lebih sesuai diminum pada waktu petang.

Bila anda faham maksud di sebalik menu kopi, dapatlah anda order lebih banyak jenis minuman di café mengikut kesesuaian keadaan dan selera anda kan?

 

Sumber rujukan :

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×