Famili

Cara Pilih Jenis Susu Di Pasaran Ikut Label & Kandungan Supaya Tak Tersalah Beli

42
SHARES

Susu merupakan antara minuman yang wajib khususnya buat anak-anak yang makin membesar. Pembetukan tulang dan stamina untuk belajar amatlah penting dan susu yang terbaik boleh membekalkan nutrien berkenaan. Namun, tahukah anda bahawa pemilihan kandungan susu di pasaran juga penting supaya anda mendapat nutrisi yang betul dan tulen? Ini perkongsian dari doktor tentang cara pilih jenis susu di pasaran ikut label supaya anda tak tersalah beli.

Baca juga: Lepas Usia 2 Tahun Anak Minum Susu Segar, Dr Kongsi Khasiat Berbanding Susu Lain

DOKTOR KONGSI CARA PILIH JENIS SUSU DI PASARAN IKUT LABEL

jenis susu segar

Banyak persoalan tentang susu yang bermain di fikiran pesakit-pesakit yang saya jumpa.

“Dr, boleh tak saya ambil susu? Susu yang ada omega tu, saya ambil setiap hari okay tak, saya tengok dalam tv kata bagus untuk kolesterol?”

“Dr, susu apa yang okay nak bagi anak saya minum? Dia suka minum susu waktu malam sebelum tidur.”

“Waktu mengandung elok minum susu apa ye, penting untuk perkembangan tulang bayi kan?”

“Saya dah berumur Dr, saya nak minum susu apa untuk tulang lebih kuat, supaya tak dapat sakit lutut, sakit sendi.”

“Dr, saya ada kencing manis, depa kata elok minum susu ni.”

Jawapan saya pada mereka tak pernah berubah. Susu terbaik untuk manusia adalah susu ibu. Untuk diminum paling kurang setakat umur 2 tahun. Lepas 2 tahun, kita tak perlukan lagi, apa-apa jenis susu sekalipun. Susu terbaik dari ladang, susu organik, susu kambing atau lembu gred A, apapun nama susu, lepas 2 tahun, ia bukan untuk dijadikan amalan harian.

Susu, antara makanan yang boleh timbulkan keradangan pada badan. Susu boleh lambatkan penyembuhan jangkitan saluran pernafasan. Susu boleh menyebabkan kahak yang berlebihan. Susu boleh menyebabkan perut tak selesa. Susu boleh buatkan sakit sendi. Banyak lagi masalah keradangan yang boleh datang dari susu.

Jangan salah faham, saya bukan anti-susu ya. Saya ambil dan beli juga susu jika teringin nak minum. Saya beli juga susu untuk anak-anak minum. Cumanya, saya cuba pilih antara pilihan-pilihan yang terbaik. Orang selalu cakap, beli susu segar, itu yang terbaik. Cari di bahagian chiller, bukan di rak susu yang tak sejuk tu. Tapi semua susu di bahagian chiller tu betul-betul okay ke? Ada beberapa info penting tentang label susu yang perlu kita ambil tahu.

1. Susu segar/ susu dipasteur

Antara pilihan susu segar yang baik. Bahannya cuma 1 sahaja. Ini yang kita panggil real food. Pun begitu, elakkan ambil secara harian ya.

– Susu dipanaskan dengan suhu 74 darjah dalam masa 15 – 20 saat sebelum disejukkan.

– Susu segar bahannya adalah susu segar semata-mata. Tiada tambahan bahan lain.

– Perlu sentiasa diletakkan di bahagian chiller untuk menjaga kualiti susu, tahan sekitar 15 hari sahaja.

2. Susu UHT

Saya cukup suka minum susu kotak warna merah ni dulu. Rasa macam air vanilla. Tengok lah bahannya pun. Susu yang betul-betul susu, tak perlu tambahan apa-apa vitamin sekalipun. Cukup kita ambil susu yang asli.

– Susu dipanaskan dengan suhu 138 darjah dalam masa 3 saat sebelum disejukkan.

– Boleh diletakkan di suhu bilik sahaja, dan tahan berbulan-bulan.

– Rasa susu berubah, dan ia melalui proses ‘high cooked flavour’ untuk memberi rasa ‘susu’ pada susu.

– Susu UHT biasanya ada banyak bahan tambahan lain yang perlu kita elakkan.

3. Susu yang berlabel ‘pepejal susu’

Susu kurma pun, cari yang bahannya susu dan kurma. Cukup dah. Tak perlu banyak-banyak bahan sangat sampai hilang rasa asli susu kurma.

– Susu tepung yang dibancuh semula.

– Pepejal susu skim yang dicampurkan dengan pepejal lemak.

– Susu tepung yang diimport dari luar negara, dibancuh, kemudian dibungkuskan di Malaysia.

Ramai anak-anak sukaaaa sangat yang ni. Sekali beri minum, mereka dah taknak fresh milk susu putih. Ia bukanlah susu sebenar pun ya.

Yang mana satukah pilihan di hati?

Baca label baik-baik, kita cuba cari susu yang betul-betul susu. Bukan susu yang ditambah pelbagai bahan tambahan.
Untuk anak-anak terutamanya. Kalau perasan, behaviour anak akan sedikit lasak, ‘hyper’ dan tantrum jika diberi susu UHT berlebihan. Kalau boleh, elakkan susu UHT sebagai salah satu bekal bento anak.

Ada juga susu berlabelkan ‘fresh milk’, tapi bila diteliti bahan ramuannya, ia dibuat dari pepejal susu. Elakkan yang ini juga ya.Boleh rujuk gambar untuk lebih jelas. Saya tak cadangkan mana-mana brand susu. Walau 1 brand yang sama, mereka ada banyak jenis susu. Ada yang okay, ada juga yang tak okay. Yang penting di sini, kita baca label, baca bahan yang digunakan. Itu saja.

Boleh ya? Kita cuba sama-sama cari susu yang lebih baik.

Sumber: Dr.Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×