Asuh

Jangan Ambil Mudah Cara Penyusuan Bayi, Ini Tips Elak Insiden Tersedak Susu Boleh Bawa Maut

2
SHARES
bayi tersedak susu

Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan berita mengenai bayi yang maut akibat kecuaian penjaga semasa memberi minum susu. Kes yang melibatkan bayi tersedak susu ini sering dipandang ringan oleh sesetengah pihak namun tahukah anda bahawa risikonya boleh membawa maut!

Mendapat latihan dan pengetahuan yang betul mengenai cara menyusukan anak tidak kira untuk ibu bapa atau penjaga amatlah penting. Hal ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diinginkan berlaku dan menjadi penyesalan seumur hidup.

Baca juga: Nak Sambung Belajar Oversea Selepas SPM? Adik-Adik Kena Buat 7 Langkah Ini Untuk ‘Lepas’!

TIPS ELAK BAYI TERSEDAK SUSU, BOLEH BAWA MAUT!

bayi tersedak susu

Salah satu kemahiran yang perlu ada adalah kemahiran feeding iaitu kemahiran sensorimotor yang kompleks. Kemahiran ini wujud sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi mencapai umur dua tahun. Perkembangan kemahiran feeding bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.

Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran feeding yang masih terhad. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu. Berikut merupakan tindak balas refleks yang penting dalam perkembangan feeding bayi.

Tersedak susu berlaku apabila cecair yang dihisap bayi tidak masuk ke ruang esopagus untuk ke perut tetapi masuk melalui trakea ke paru-paru sekaligus mengganggu pernafasan bayi. Justeru, ibu bapa atau penjaga perlu memastikan risiko-risiko tersedak susu tidak berlaku dan ini antara tip-tipnya:

1.Cari panduan menyusu dengan betul tidal kira sama ada pemberian menggunakan botol atau badan.

2.Jangan beri susu ketika bayi sedang menangis sebaliknya tunggu bayi diam. Jika bayi menyusu botol, pastikan saiz puting yang digunakan sesuai.

3.Pastikan bayi disusukan dengan kepalanya sedikit tinggi dan elakkan menyusu secara bayi berbaring terlentang. Sendawakan bayi.

4.Jangan biarkan bayi menyusu sendirian jika menggunakan botol. Jika menyusu badan, pastikan ibu tidak tertidur dan membiarkan puting di dalam mulut bayi.

5.Jika bayi sering tersedak susu, bayi perlu dibawa berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Langkah yang perlu dilakukan jika bayi tersedak

bayi tersedak susu

1.Letakkan anak meniarap pada lengan dengan tangan memberi sokongan kepada kepala bayi.

2.Kepala anak diletakkan ke bawah daripada badan.

3.Berikan lima tepukan kuat pada bayi di antara tulang belikat.

4.Jika masih tidak dapat mengeluarkan objek, pusingkan bayi menelentang dan dengan menggunakan dua jari, tekan dada bayi sebanyak lima kali di antara puting bayi.

5.Ulangi sehingga objek tersebut keluar.

6. Jika masih tidak bermaya dan tidak bernafas, telefon untuk bantuan dan berikan juga bantu pernafasan melalui mulut kepada bayi.

Selain tersedak, pernafasan bayi boleh terhenti jika meletakkan bayi ketika tidur secara salah. Cara meletakkan bayi ketika tidur sangat penting dan mempengaruhi sistem pernafasan mereka. Beberapa perkara dikenal pasti boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas seperti tidur meniarap, tidur di atas permukaan terlalu lembut dan tidur dalam keadaan banyak selimut.

Bukan itu sahaja, keadaan terlalu panas seperti dalam kenderaan tertutup atau bilik terkurung juga menjadi punca pernafasan bayi terganggu. Jika terdapat individu yang merokok di dalam rumah atau di sekeliling bayi, boleh menyebabkan pernafasan bayi terhenti kerana sesak nafas.

*Jadi mak ayah sekalian, jangan lalai ya!

Baca juga: Tahniah! Anda Disahkan Hamil Jika Mengalami 25 Tanda-Tanda Ini, Check Cepat

Sumber: Portal MyHealth, Nurraysa.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×