40 Minggu

Beza Pergerakan Bayi Lelaki & Perempuan Dalam Kandungan, Ini Ke Cara Nak Tahu Jantina?

3
SHARES

Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan antara elemen yang paling penting untuk diperhatikan oleh ibu-ibu hamil. Ada juga dalam kalangan ibu yang mengguna aplikasi khas untuk menanda berapa kali ‘tendangan’ yang telah dilakukan oleh si manja dalam kandungan untuk memastikan mereka sihat.

Tapi, ada yang mengatakan bahawa dengan mengetahui kekerapan tendangan janin, anda dapat menentukan jantina bayi tersebut. Betul ke?

Baca juga: Sehari Tak Minum Kopi Tak Sah Tapi Tengah Hamil, Boleh Bahayakan Kandungan Ke?

PERGERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN, BAYI LELAKI LEBIH AKTIF DARI PEREMPUAN?

pergerakan bayi

Setiap pergerakan kecil atau pergerakan kuat si manja dalam kandungan sering ditafsirkan dalam pelbagai cara oleh setiap ibu bapa. Malah, ini yang paling dinanti-nantikan oleh si ibu apabila ingin membelai perut semasa merasai pergerakan si manja.

Ibu-ibu pasti banyak mendengar bahawa terdapat perbezaan dalam pergerakan janin lelaki dan perempuan. Adakah ia benar?

Menurut pandangan orang dulu-dulu, katanya janin lelaki lebih cenderung lebih aktif berbanding janin perempuan yang lebih tenang. Tetapi sebenarnya, ini semua tidak semestinya benar.

Dalam penyelidikan dari Developmental Trajectory of Movement-Related Cortical Oscillations During Active Sleep in a Cross-Sectional Cohort of Pre-Term and Full-Term Human Infants dalam Scientific Reports menyatakan bahawa pergerakan menendang yang dilakukan oleh janin sebenarnya dapat membantu anak kecil anda “memetakan” dan meneroka kawasan di dalam perut.

Bahkan, pergerakan menendang janin pada trimester ketiga kehamilan juga membantu janin mengembangkan fungsi otak dan derianya. Jadi, sama ada aktif atau tidak ‘tendangan’ janin dalam kandungan ini tidak menjadi konklusi kepada penentuan jantina bayi.

Macam mana nak tahu jantina bayi? Penentuan jantina bayi yang paling sah adalah melalui pemeriksaan ultrasound atau ultrasonografi oleh pakar. Jika plasenta anda menjadi kusyen bayi anda (plasenta anterior), mungkin lebih sukar untuk anda merasakan mereka bergerak.

pergerakan bayi

*Paling penting sekali adalah, jika anda rasa pergerakan bayi anda telah perlahan, berhenti atau bertukar hubungi bidan atau unit bersalin anda dengan segera. Lebih selamat dan yakin.

Baca juga: 7 Perkara Penting Mommy Mommy Kena Buat Sebelum Masuk Labour Room Bersalin!

Sumber: Baby Centre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×