Hubungan akrab antara ibu ayah dan anak boleh diwujudkan sejak bayi dalam kandungan lagi. Antara cara paling biasa boleh dilakukan adalah dengan kerap bercakap.
Selain itu, terdapat juga kaedah lain untuk menggembirakan bayi dalam kandungan seperti perkongsian di bawah. Ikuti penjelasan lanjut yang dikongsikan oleh penulis.
Baca juga: Tiga Kata-Kata Orang Tua Tentang Bayi Yang Terbukti BENAR Oleh Sains
9 CARA BOLEH CUBA UNTUK GEMBIRAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN
1. Menyanyi
Bayi dalam kandungan sudah tentunya menyukai suara ibunya, jadi tidak salah untuk anda cuba menyanyi. Disarankan menyanyi lagu kegemaran atau berkaitan nurseri.
2. Mendengar muzik
Cara lain untuk menggembirakan bayi dalam kandungan adalah dengan mendengarkan muzik. Ibu boleh menggunakan tali pinggang muzik yang dikhaskan ketika hamil atau hanya memasangkan lagu secara kuat.
Muzik yang boleh dipasangkan adalah lagu kanak-kanak dan muzik klasik untuk mendedahkan mereka kepada genre berbeza.
3. Menari
Pergerakan perlahan dan lembut boleh membebaskan endorfin. Ini merupakan cara terbaik untuk merapatkan hubungan dengan bayi yang sedang berkembang.
4. Baca buku dengan kuat
Suara ibu sudah tentunya dapat menenangkan bayi dalam kandungan. Jadi, rutin malam yang boleh dilakukan untuk mengembirakan bayi adalah dengan membaca buku cerita secara kuat.
5. Bercakap dengan bayi
Bercakap dengan nada tenang dan penuh kasih sayang sudah tentunya boleh membuatkan bayi gembira. Ibu ayah juga jangan lupa untuk meluahkan rasa sayang setiap hari tanpa jemu.
6. Panggil nama bayi anda
Panggil bayi dengan nama panggilannya adalah salah satu cara untuk menggembirakannya. Boleh juga cuba memanggil nama bayi dengan nyanyian lagu agar lebih menarik.
7. Gosok perut
Urut perut secara perlahan menggunakan minyak zaitun semasa bercakap dengan bayi. Semasa mengusap perut, jangan lupa untuk meluahkan segala harapan dan impian. Pasti bayi di dalam kandungan akan mula menendang kegembiraan.
8. Lakukan senaman/yoga
Pergerakan mudah seperti yoga, bersenam berjalan atau berenang akan membuatkan bayi bangun dari tidur. Hal ini akan membuatkan bayi lebih gembira jika melakukan aktiviti bersama.
9. Hidu bau bunga asli
Akhir sekali, ibu boleh menggembirakan bayi dalam kandungan dengan cara menghidu bau bunga. Pastikan bunga semula jadi supaya tidak mendatangkan bahaya.
Inilah masa paling sesuai untuk ibu dan ayah mengeratkan hubungan dengan bayi.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Jangan Biarkan Si Manja Menangis Tanpa Didukung, Boleh Ganggu Perkembangan Anak
Sumber: American Pregnancy Association