Sebagai seorang ibu yang tengah sarat hamil, memantau keadaan dan pergerakan bayi dalam kandungan adalah sangat penting untuk memastikan kandungan sihat. Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dia berpura-pura mengakui bayi kurang gerak.
Tindakan pura-pura sedemikian dilakukan semata- mata untuk tinggal lebih lama di wad hospital kerana mahu bercuti panjang dan malas bekerja. Pelik betul!
Baca juga: Jangan Pandang Ringan Buku Pink Semasa Hamil, Doktor Kongsi 5 Kepentingan Ibarat ‘Nyawa’!
TIPU NURSE CAKAP BAYI KURANG GERAK SUPAYA DUDUK LAMA DI HOSPITAL, MALAS NAK SAMBUNG KERJA
Perkongsian ibu ini di laman TikTok mencetuskan kemarahan ramai. Tambah pula apabila dia yang dikenali sebagai Cik Bunga di media sosial, turut mendedahkan alasan di sebalik tindakannva adalah kerana ‘malas nak kerja dan tak sabar nak cuti panjang’.
Dalam kenyataan yang dimuat naik, wanita itu berkata:
“Aku pergi PAC serah diri dengan reason baby kurang bergerak, sebab aku dah malas nak kerja dan tak sabar nak cuti panjang. Tapi sebenarnya dia gerak okay je,”
“Seminggu kena warded, segala induce dah pakai, anak aku tetap tak nak keluar. Sepanjang warded tu, setiap kali nurse tanya baby gerak okay tak, aku jawab je tak sebab takut kena halau balik,”
Pengakuannya itu menimbulkan kemarahan netizen, yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Malah, perkara mengenai tahap kesihatan kandungan bayi ini juga tidak boleh dibuat main. Kalau jadi betul, baru mula nak gelabah!
“Anak kurang gerak bukan perkara main-main. Kalau betul-betul jadi apa-apa, siapa nak jawab? Malas kerja pun jangan sampai buat begini,” kata netizen.
Selain itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman perit apabila mereka atau ahli keluarga benar-benar memerlukan rawatan tetapi terpaksa menunggu kerana wad bersalin penuh.
“Aku pernah kena tolak sebab wad penuh. Masa tu bukaan rahim dah 3cm. Kalau ramai buat perangai macam ni, ibu yang betul-betul sakit jadi manqsa.” luah netizen lain.
Malah, ada yang meluahkan rasa kesal dengan sikap wanita itu yang dianggap menyusahkan petugas kesihatan dan pesakit lain.
“Hospital kerajaan dah sesak. Ramai ibu lain tunggu giliran bersalin. Dia pula sengaja menipu sebab malas kerja. Selfish!”
Jadi ibu-ibu hamil di luar sana, jangan pernah terfikir untuk lakukan perkara yang sama ya. Bayangkan, niat nak bergurau dan suka-suka ini menjadi realiti yang menjurus kepada kehilangan bayi dalam kandungan? Waktu inilah baru nak menangis, meraung dan menyesal…
Baca juga: Dr Imelda ‘Dedah’ Sindrom Ekstrem Bayi Satu Mata & Tanpa Hidung Berlaku 1 Dalam 100,000 Kelahiran
Sumber: x @BUGATTI