40 Minggu

Isu Wanita Pakai Make-Up Sebelum Bersalin, Dr. Imelda Cakap ‘Dipersilakan, Kita Dah Moden’

35
SHARES
melahirkan anak

Sebelum ini tular dalam media sosial apabila seorang pempengaruh wanita terkenal, memuat naik dirinya yang kelihatan sedang menyiapkan diri dan bersolek sementara menunggu proses melahirkan anak. Perbuatan ini menimbulkan persoalan sama ada selamat untuk dilakukan atau tidak.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen terkejut apabila wanita ini mempunyai masa untuk bersiap terlebih dahulu sedangkan diri mereka hanya berada dalam kesakitan.

Baca juga: Janna Nick Menangis, Terkilan Suami Dituduh Banyak ‘Hormon Perempuan’ Jadi Punca Lambat Dapat Anak

SEMPAT MAKE-UP SEBELUM MELAHIRKAN ANAK, DOKTOR CAKAP TAK ADA MASALAH

melahirkan anak

Netizen juga mempersoalkan tindakan wanita itu kerana menganggap ianya berbahaya dan menyukarkan jururawat atau doktor mengesan keadaan sebenar pesakit lebih-lebih lagi ketika proses bersalin. Antara situasi yang diperkatakan adalah, apabila wajah berubah pucat kerana kurang darah.

Berdasarkan perkongsian ini, ramai dalam kalangan ibu yang pernah berdepan dengan situasi melahirkan anak  berkongsi pengalaman pernah ditegur oleh jururawat khususnya anggota perubatan di hospital kerajaan hanya kerana bersolek ketika mahu bersalin.

Oleh itu, Dr.Imelda Balchin, Consultant Obstetrics & Gynaecology dan popular di media sosial tampil untuk menjelaskan bahawa perbuatan ini sebenarnya tidak mendatang sebarang masalah.

“Ibu nak makeup cantik sebelum dan selepas beranak, silakan. Kita nak aura positif. Acik bawang tak boleh tahan tengok glam mummies, nak juga paksa pakai kain batik, pilisparam, tocang tinggi, mengesot. Sorry laa kita dah moden…”

Dr. Imelda juga memberitahu bahawa dia turut mengajar jururawat tentang apa perlu mereka lakukan seperti: tekanan darah, denyutan nadi, tahap pernafasan, oksigen, dan suhu badan. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah pun ajar jururawat untuk tengok warna bibir  kerana itu bukan perubatan.

melahirkan anak

*Jadi, ia menjadi pilihan untuk anda sama ada mahu bersolek terlebih dahulu atau tidak. Rasanya, kalau bersolek ringan-ringan sahaja pun cukup dan tidak perlu berlebih-lebih.

Baca juga: Gara-Gara Jamah Hanya 3 SUDU Laksa Lepas Berpantang, Wanita Ini Tanggung Azab Sakit Sampai Ke Hospital

Sumber: Imelda Balchin

Foto: Women’s Weekly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×