Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah semestinya ingin dikurniakan zuriat dengan cepat bukan? Namun, pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick dalam satu video terbaharunya di Tiktok meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila sering diajukan soalan mengenai anak.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 29 tahun. berkongsikan bahawa dirinya sangat terkejut membaca komen-komen negatif menyentuh hal peribadi rumah tangganya termasuk tahap kesihatan suaminya Dini Schatzman.
Baca juga: 5 Jenis Rawatan Kesuburan Di Malaysia Ikut Bajet Paling Tinggi Hingga Harga Berpatutan
JANNA NICK SEBAK DALAM PROSES TTC, SUAMI DITUDUH BANYAK ‘HORMON PEREMPUAN’
Menurut Janna, ada individu meninggalkan komen tuduhan terhadap Dini dengan mengatakan dia mengalami masalah hormon wanita terlebih yang menjadi punca pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
“Selalunya, saya tidak terlalu mengambil hati bila orang bertanya soal anak, tetapi komen kali ini memang kurang ajar. Mereka kata Dini banyak ‘hormon perempuan’ sebab itulah susah nak dapat anak” luah Janna dengan nada sebak.
Dalam masa yang sama, Janna mendedahkan bahawa dia dan pasangan sudah menjalani proses IVF selama setahun dan turut melakukan pelbagai ujian kehamilan dan keputusaanya tidak menunjukkan sebarang masalah termasuk tahap kesihatan sperm suaminya. Namun, semasa proses IVF yang terbaharu Janna memberitahu bahawa dia mengalami masalah uterus terbalik.
“Saya hanya menghasilkan lima telur sahaja dan telur lain semuanya rosak. Untuk usia I, jumlah telur sebanyak itu adalah teruk dan I kena ubah gaya hidup dan pemakanan,”. Luahnya.
Janna dan Dini yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun 2023 ini akui tidak pernah merancang dan menerima kelahiran anak pada bila-bila masa sahaja. Jadi, Janna merayu agar orang ramai menghentikan komen negatif dan spekulasi tentang isu kesihatan dalaman mereka terutamanya soal anak.
“SEMOGA JANNA DAN DINI KUAT..”
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen dan rakan artis hadir memberikan kata-kata sokongan kepada pasangan ini. Malah, ramai juga dalam kalangan ibu yang tengah hamil menitipkan doa mustajab untuk Janna dan Dini supaya diizinkan Allah SWT supaya dikurniakan zuriat. Bukan itu sahaja, ada yang mengalami situasi seperti Janna pun berkongsikan tips yang boleh dicuba.
“Janna , nnti cuba bagi makan dekat haiwan-haiwan tepi jalan . Then minta haiwan tersebut doakan kita . Dengan Allah kita dah minta, dengan manusia dah, kita cuba dengan haiwan-haiwan tepi jalan mana tahu doa mereka Allah angkat”- netizen.
“Bulan depan 16 tahun kahwin. Masih berharap dapat beri zuriat untuk suami yang lahir dari rahim sendiri. 10 tahun awal macam-macam dugaan, paling sakit, bila seorang makcik tanya suami, bila nak kahwin lagi depan saya dan keluarga suami”- netizen
@jannanickofficial stop asking/ assume / give negative comments. #ttc #ttcjourney ♬ original sound – jannanick95
*Nasihat kepada netizen yang ‘bermulut puaka’ sebegini, simpan sahaja kata-kata kesat tersebut kerana anda pun mungkin menjadi mangsa masalah sebegini. Kalau dah ada anak, mungkin anak anda boleh jadi mangsa juga di masa hadapan…
Baca juga: 7 Benda Ini Sahaja Yang ‘Approved’ Untuk Dimasukkan Ke Dalam Vagina, Barulah Miss V Sihat!
Sumber: Tiktok @jannanickofficial