40 Minggu

[VIDEO] Sebak…Penantian 6 Tahun Berakhir Apabila Disahkan Hamil Anak Kembar 3 Sekaligus!

138
SHARES

Mendapat zuriat adalah apa yang diimpikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun, ini adalah rezeki yang ditentukan oleh Yang Maha Esa dan tidak semua dalam kalangan kita yang menantikan zuriat akan mendapatkannya dalam masa yang diingini. Mungkin ada pasangan yang hanya menunggu beberapa bulan selepas kahwin dan ada juga yang hampir 10 tahun berkahwin barulah mendapat zuriat.

Seperti apa yang dikongsikan oleh Dr. Thoka menerusi laman media sosial Instagrammnya, selepas penantian hampir 6 tahun wanita ini akhirnya dikurniakan zuriat. Berita yang lebih menggembirakan adalah kandungannya adalah anak kembar 3!

SELEPAS 6 TAHUN, AKHIRNYA DAPAT ANAK KEMBAR 3

Menerusi video berdurasi 03:01 saat yang dimuatnaik Dr. Thoka Muhammad di Instagram, dia menjelaskan kepada seorang wanita berusia 32 tahun terdapat 3 embrio telah dimasukkan ke dalam rahimnya menerusi rawatan IVF atau persenyawaan secara in vitro (IVF). Walaupun begitu, pada awalnya ketika melakukan ultrasound, pakar obstetrik dan ginekologi ini memaklumkan hanya kelihatan 2 kantung sahaja (kantung besar, kantung kecil) dalam kandungan wanita tersebut yang membawa maksud dia berkemungkinan akan memiliki kembar 2.

View this post on Instagram

Blessed after 6 years of trying

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

Keajaiban yang tidak disangka, apa yang lebih mengejutkan apabila Dr Thoka memaklumkan bahawa kantung besar dalam kandungannya itu ‘terbelah’ menjadi identicial twin. Rupa-rupanya wanita ini berpotensi memiliki kembar 3 sekaligus! Tidak dapat menahan sebak, wanita ini terus mengalirkan air mata. Penantian dan doanya selama 6 tahun akhirnya dimakbulkan.

‘ALHAMDULILLAH, SEBAK…’

Ternyata bukan sahaja tuan badan yang mengalirkan mata malah orang ramai yang mengikut akaun Instagram Dr. Thoka turut meluahkan rasa sebak. Hal ini kerana, luar dari pengetahuan kita masih ramai pasangan yang mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat. Semoga segala urusan pasangan yang sedang berusaha bagi mendapatkan zuriat dipermudahkan ya!

Sumber: Dr.Thoka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×