Sihat

7 Benda Ini Sahaja Yang ‘Approved’ Untuk Dimasukkan Ke Dalam Vagina, Barulah Miss V Sihat!

10
SHARES
faraj normal dan sihat

Mempunyai faraj normal dan sihat merupakan idaman setiap wanita. Bukan sahaja penjagaan dari segi luaran malah dari segi dalaman pun penting untuk memastikan proses kehamilan dan kesihatan wanita terjamin.

Penting juga untuk para wanita ambil tahu bagi mengekalkan kesihatan faraj ini, terdapat 7 benda yang boleh dimasukkan ke dalam vagina sebagai tujuan perubatan. Tolak tepi isu ‘memuaskan’ nafsu, proses memasukkan benda ini akan memberikan sinar baharu kesihatan anda!

Baca juga: 15 Tanda Pelik Yang Muncul Ketika Hamil, Kalau Ada Salah Satu, Ia Normal, Cuba Semak!

KALAU NAK FARAJ NORMAL DAN SIHAT, HANYA 7 ‘BENDA’ INI SAHAJA BOLEH MASUK

faraj normal dan sihat

Selain alat sulit lelaki yang bertujuan untuk hubungan kelamin bersama pasangan, berikut merupakan 7 lagi ‘benda’ yang boleh masuk ke dalam vagina untuk tujuan kesihatan. Barulah faraj normal dan sihat!

1. Jari

Menggunakan jari bagi melakukan pemeriksaan kedudukan serviks adalah perkara yang normal untuk mengetahui  sama ada hamil atau tidak. Caranya adalah dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam faraj secara perlahan-lahan untuk merasakan serviks yang padat dan licin.

Semasa kehamilan, serviks akan menjadi lebih tinggi, lembut, dan terbuka, tetapi kaedah ini tidak sepatutnya menggantikan ujian kehamilan yang wajib dilakukan sebagai cara lebih mudah untuk mengesahkan kehamilan ya!

2. Spekulum

Spekulum ialah alatan perubatan yang digunakan oleh pakar sakit puan untuk melihat bahagian dalam badan anda yang berongga, seperti faraj.

Spekulum faraj berfungsi untuk melebarkan dinding faraj untuk memeriksa kawasan serviks. Ia paling biasa digunakan semasa peperiksaan pelvis dan pap smear, tetapi ia juga digunakan dalam banyak prosedur ginekologi yang lain.

3. IUI (INTRAUTERINE INSEMINATION)

IUI (intrauterine insemination) ialah sejenis air mani buatan. Sperma yang telah dibasuh dan dipekatkan diletakkan terus di dalam rahim wanita semasa proses ovulasi.

Ini membantu sperma yang sihat dan kuat lebih mudah ‘lekat’ dengan telur apabila ia dikeluarkan oleh ovari anda. Ia adalah rawatan kesuburan biasa untuk pasangan atau individu yang ingin hamil.

4. IVF

Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah satu siri prosedur kompleks yang digunakan untuk membantu kesuburan atau mencegah masalah genetik dan membantu mengatur genetik anak. Ini merupakan antara proses persenyawaan yang popular dan boleh menelan kos tinggi.

Semasa IVF, telur matang diambil dari ovari dan disenyawakan oleh sperma di makmal dengan cara memasukkan alatan tertent ke dalam vagina. Kemudian telur yang disenyawakan (embrio) akan dipindahkan ke rahim.

Satu kitaran penuh IVF mengambil masa kira-kira tiga minggu. Kadangkala langkah-langkah ini dibahagikan kepada bahagian yang berbeza dan proses boleh mengambil masa yang lebih lama.

5. Belon Induksi 

Induksi Belon Mentol Foley (Foley balloon) adalah cara yang selamat dan berkesan untuk mendorong dan memudahkan proses kelahiran. Ia melibatkan doktor memasukkan kateter ke dalam serviks anda dan mengisinya dengan garam. Ini menyebabkan serviks anda mengembang dan memudahkan perjalanan untuk melahirkan anak.

6. Proses Transvagina Ultrasoung (TVS)

Transvaginal Ultrasound ialah prosedur pengimejan yang membolehkan pakar anda melihat rongga pelvis dan organ di dalam pelvis. Organ-organ ini termasuk serviks, rahim, tiub fallopio dan ovari. Ultrasound transvaginal boleh menunjukkan struktur atau pertumbuhan yang tidak normal di kawasan pelvis anda yang mungkin menunjukkan petanda penyakit berbahaya dan kehamilan.

7. Tampon/ menstrual cup

Menstrual cup atau cawan haid ialah cawan fleksibel yang direka untuk digunakan dengan memasukkan ke dalam faraj anda semasa haid untuk mengumpul darah.

Nampak mengerikan, namun cawan haid ini tidak menyerap aliran haid anda seperti yang dilakukan oleh tampon atau pad.

Jadi, ia  telah menjadi alternatif popular kepada tampon dan pad kerana bersifat tahan lama dan boleh diguna semula serta menjimatkan.

*Jangan risau jika alat-alat ini dimasukkan ke dalam vagina anda kerana telah mendapat ‘approval’ untuk tujuan kesihatan. Apa yang merisaukan adalah kalau anda memasukkan barang-barang yang terlarang untuk tujuan ‘puas’ tanpa sebarang semakan. Sayangilah vagina anda!

faraj normal dan sihat

Baca juga: Cara Nak Bezakan Darah Haid Atau Darah Keguguran, Kena Tahu Supaya Tak Menyesal!

Sumber: MyloFamily, National Coalition for Sexual Health

FT Image: AsianParents

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×