40 Minggu

Bimbang Bayi Dalam Kedudukan Songsang, Jangan Risau, Ibu Boleh Amalkan 5 Doa Ini

14
SHARES
DOA BAYI SONGSANG

Masalah bayi songsang merupakan perkara yang sering terjadi kepada ibu hamil. Keadaan ini menyebabkan kepala bayi berada di atas dan tidak menghampiri pintu serviks. Selain melakukan senaman, ibu boleh juga membaca doa bayi songsang untuk kembalikan kedudukan asal. Ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Air Ketuban Boleh Pecah Bila-Bila Masa, Ini Apa Yang Ibu Kena Buat. Jangan Panik!

SENARAI DOA BAYI SONGSANG IBU BOLEH AMALKAN

DOA BAYI SONGSANG

Bakal ibu yang mengalami masalah bayi songsang, boleh amalkan doa ini:

“Ya Allah yang membalikkan keadaan, balikkan semula keadaan itu. Ya Allah yang membalikkan hati, balikkan semula hati itu.”

Selain itu, ada beberapa doa juga boleh dibaca iaitu:

1. SURAH YASIN AYAT 1-12

Amalkan membaca surah Yasin setiap kali selepas solat Maghrib. Ini bertujuan untuk memberikan ketenangan hati untuk bayi dalam kandungan.

2. AYAT KURSI

Ayat Kursi adalah ayat yang paling mulia dalam al-Quran. Bacaan ayat ini boleh dilakukan sebagai solat Subuh dan solat Maghrib.

3. SURAH AL-FATIHAH

Doa seterusnya yang boleh dibaca oleh ibu sekiranya bayi songsang adalah surah al-Fatihah kerana merupakan penawar kepada pelbagai penyakit.

Surah al-Fatihah lazimnya diamalkan sebagai doa selepas solat fardhu dengan membacanya sebanyak 7 kali.

4. AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH

Ayat terakhir Al-Baqarah ayat 286 adalah ayat untuk meminta perlindungan daripada Allah SWT. Dengan membacanya, bayi dalam kandungan dapat dihindarkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

5. SURAH MARYAM

Surah Maryam ini boleh diamalkan sebagai doa untuk kembalikan posisi bayi sonsang. Dengan membaca surah Maryami ini, ibu telah berikhtiar kepada Allah SWT agar bayi dalam kandungan kembali kepada kedudukan asal.

DOA BAYI SONGSANG

Ibu juga boleh cuba untuk mengamalkan tips yang dikongsikan ini:

PUNCA BERLAKUNYA

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bayi songsang:

  • Bayi kembar.
  • Terlalu banyak atau terlalu sedikit cecair amniotik.
  • Rahim tidak berbentuk normal atau ada ketumbuhan seperti fibroid.
  • Plasenta meliputi seluruh atau sebahagian daripada serviks.
  • Bayi pramatang.
  • Kecacatan kelahiran.

Ibu-ibu jangan risau, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Jadi Toksik, Berhenti Mengugut Ibu Kalau Tempoh Berpantang Tak Sama

Sumber: Orami, Hamil Dalam 3 Bulan & Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×