Sihat

Jangan Buang Lepas Dikupas, Air Rebusan Rambut Jagung Boleh Jadi Penawar Penyakit!

7
SHARES
air rebusan rambut jagung

Kebiasaannya kalau kupas jagung, pasti kita akan buang rambutnya dan hanya mengambil isinya untuk menyediakan hidangan kan? Tapi tahukah anda rambut jagung sebenarnya ada kegunaan tersendiri. Untuk pengetahuan anda, air rebusan rambut jagung boleh merawat pelbagai penyakit. Macam tak percaya kan?

Nama saintifik bagi rambut jagung ialah Stigma Maydis. Ia mempunyai pelbagai khasiat dan kaya dengan protein, kalsium, karbohidrat, kalium, natrium dan banyak lagi. Disebabkan kaya dengan pelbagai nutrisi, maka rambut jagung ini dijadikan sumber alternatif untuk merawat penyakit. Ikuti perkongsian mendalam daripada Dr Suri Roowi mengenai air rebusan rambut jagung ini!

Baca juga: Selain Lindungi Mata, Sebenarnya Ada 9 Khasiat Kacang Gajus Yang Lain Untuk Tubuh Badan Anda!

KEGUNAAN AIR REBUSAN RAMBUT JAGUNG SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT

air rebusan rambut jagung

1. Stigma maydis atau rambut jagung, merupakan bahan buangan daripada penanaman jagung yang telah diamalkan sejak dulu lagi sebagai sumber alternatif kepada pelbagai penyakit.

2. Rambut jagung berupaya untuk menolong mencegah pembentukan batu karang (sebagai diuretik), gangguan prostat, kencing malam, dan jangkitan kencing.

3. Rambut jagung ini telah digunakan sebagai ubatan tradisional oleh masyarakat lain seperti Turki, Amerika Syarikat, China serta Perancis.

4. Rambut jagung telah digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina dengan tujuan membantu pesakit buah pinggang.

air rebusan rambut jagung

5. Kandungan khasiat di dalam rambut jagung dikenali sebagai flavonoid, 3′-methoxymaysindan terbitan maysin.

6. Selain itu, air rebusan rambut mempunyai kandungan yang berupaya untuk menolong mengurangkan paras glukosa darah, sesuai untuk pesakit kencing manis!

7. Malah, ia bertindak dengan meningkatkan pengeluaran insulin, memulihkan sel-sel pankreas yang telah cedera dan juga mengawal paras gula.

8. Bagi yang ingin mencari tips diet, air rebusan rambut jagung ini sebenarnya juga boleh menyelesaikan masalah kegemukan kerana sifatnya rendah kalori. Jika anda mengamalkan teh rambut jagung, ia akan cepat membuatkan rasa kenyang, meningkatkan metabolisme dan melancarkan sistem pencernaan!

air rebusan rambut jagung

9. Kajian daripada UPM dalam jurnal Molecules pada 2012 membuktikan rambut jagung boleh menghilangkan keletihan dan masalah lesu. Ini adalah disebabkan oleh kandungan flavonoid yang ada dalam rambut jagung berupaya menyelesaikan masalah lesu tersebut.

Jadi lepas ni kalau nak buang rambut jagung tu fikir dua tiga kali dulu. Banyak sebenarnya khasiat dan kebaikan rambut jagung! Jika dibuang begitu sahaja, boleh dianggap sebagai satu pembaziran kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan kepada individu. Apa lagi? Jom amalkan air rebusan rambut jagung!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi & Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×