Dapur

Jangan Buang Rambut Jagung Yang Berjurai-Jurai, Rupanya PADAT Dengan Khasiat Bila Direbus!

35
SHARES
rambut jagung

Selalunya setiap kali ingin merebus jagung, kita akan cuci dan buang rambut jagung yang lekat di sekeliling. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa rambut jagung yang lembut ini mempunyai kehebatannya tersendiri.

Kajian daripada Universiti Putra Malaysia dalam jurnal Molecules pada 2012 membuktikan rambut jagung boleh menghilangkan keletihan dan masalah lesu. Ini adalah disebabkan oleh kandungan flavonoid yang ada dalam rambut jagung berupaya menyelesaikan masalah lesu tersebut. Malah orang Turki, Amerika Syarikat, China serta Perancis pun selalu guna!

Baca juga: 4 Jenis Ubat Batuk Popular Ini Ada FUNGSI BERBEZA, Minum Yang Betul Baru Cepat Sembuh!

MANFAAT RAMBUT JAGUNG, BOLEH REBUS DAN AIR DIMINUM

rambut jagung

Nama saintifik bagi rambut jagung ialah Stigma Maydis. Ia mempunyai pelbagai khasiat dan kaya dengan protein, kalsium, karbohidrat, kalium, natrium dan banyak lagi. Disebabkan kaya dengan pelbagai nutrisi, maka rambut jagung ini dijadikan sumber alternatif untuk merawat penyakit.

Manfaat rambut jagung bukanlah hal baru dalam dunia perubatan tradisional terutama sekali perubatan Cina. Berikut adalah manfaat rambut jagung untuk kesihatan :

Menurunkan tekanan darah
– Perlindungan terhadap glaucoma (penyakit mata)
– Melawan radang sendi
– Mengatasi diabetes
– Mencegah kolesterol tinggi
– Menurunkan depresi
– Membantu perbaikan fungsi ginjal
– Meringankan sakit kepala
– Meningkatkan kesihatan jantung

Mudah sahaja, hanya perlu:

1.Jemur rambut jagung di bawah cahaya matahari minimum 2 hari.
2.Basuh selepas dijemur.
3.Kemudian baru rebus sehingga warna kekuningan.
4.Minum 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

rambut jagung

*Senang sahaja! Selamat mencuba!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shara Jevoo (@sharajevoo)

Baca juga: 10 Jenis Masalah Gangguan Keperibadian/Mental, Ramai Alami Yang No.7!

Sumber: Instagram @sharajevoo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×