Dapur

Cara Buat Jagung Cup Lemak Manis Ala Pasar Malam, Lagi Senang Tak Payah Kukus Pun

1.7K
SHARES
JAGUNG CUP

Kalau pergi pasar malam tak sah kalau tak beli jagung cup. Sebenarnya, kalau nak buat sendiri mudah sahaja dan lebih menjimatkan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak.

Menerusi perkongsian Aisyah Humaira di laman Facebooknya, resepi jagung cup yang dikongsikan ini tidak perlu menggunakan pengukus. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Sos Bawang Putih Paling Sedap & Sama Macam Dekat Kedai Arab

CARA BUAT JAGUNG CUP LEMAK MANIS, CUKUP RASA & SEDAP

JAGUNG CUP

Bahan-bahan: 

  • 1 paket jagung frozen
  • 1 tin krimer pekat manis
  • 3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Masukkan jagung ke dalam kuali dan sedikit air.

2. Tutup kuali dan biarkan sehingga jagung masak. Jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit air.

3. Kemudian, masukkan susu pekat mengikut manis yang disukai. Sedikit garam dan majerin secukup rasa.

4. Nak lagi sedap boleh parutkan sedikitkan cheddar cheese dan taburkan di bahagian atas.

Sedia untuk dihidangkan. Buat sendiri lagi puas hati boleh letak banyak-banyak.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Paling Garing & Senang Je Nak Buat!

Sumber: Facebook Aisyah Humaira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×