Dapur

Resepi Viral Donut Pandan Gula Melaka, Lembut & Lemak Berkrim!

198
SHARES

Sebut sahaja donut, pasti ramai yang menyukainya terutama kanak-kanak kerana rasanya yang manis. Biasanya donut dijual di kedai hanya ada gula dan coklat sahaja tetapi berbeza pula kali ini dengan resepi yang dikongsi oleh pengguna Facebook iaitu donut pandan gula melaka.

Kalau anda ingin cuba resepi donut pandan gula melaka, boleh ikuti setiap langkah yang dikongsi di bawah. Memang menarik dan berbeza! Rugi kalau tak cuba.

Baca juga: Resepi Tempe Goreng Rangup, Memang Berbeza & Tak Cukup Satu!

RESEPI VIRAL DONUT PANDAN GULA MELAKA, LEMBUT & LEMAK BERKRIM

donut

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 paket yis
  • 3 sudu makan gula
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • Air suam 1 cawan setengah
  • 4 sudu makan majerin
  • 1 sudu makan bread improver
  • 1 1/2 sudu makan coconut pandan emulco

Cara penyediaan:

1. Larutkan gula, susu, yis dan emulco coconut pandan. Biarkan sehingga kembang.

2. Dalam bekas lain, masukkan 1kg tepung, garam, majerin dan bread improver. Gaul hingga majerin sebati dalam tepung.

3. Bila yis dah kembang, masukkan sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat dekat tangan.

4. Kemudian rehatkan doh sehingga kembang 2x ganda.

Cara petakkan donut:

– Bila doh dah kembang, tumbuk untuk keluarkan angin.

– Roll dengan kayu mengikut ketebalan yang anda mahu dan potong menggunakan pisau.

– Selepas potong petak, lubangkan donut.

– Rehatkan doh sehingga kembang dan sedia untuk digoreng.

Cara penyediaan sos gula melaka & cream cheese

– Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Tapis dan sejukkan.

– Untuk cream, masukkan cream cheese, 2sm majerin, susu pekat manis, 1 titik pandan coconut dan sedikit air gula melaka.

– Mix sebati. Jangan terlalu cair.

Potong donut kepada dua bahagian dan paipkan cream cheese. Letak sedikit sos gula melaka. Untuk salutan luar, boleh gunasusu tepung, gula, tepung jagung yang dikisar halus.

Selamat mencuba! Memang sedap sangat.

Sumber: Facebook Izu Rosli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×