Dapur

Cara Buat Sos Bawang Putih Paling Sedap & Sama Macam Dekat Kedai Arab

1.6K
SHARES
Sos Bawang Putih

Setiap kali makan shawarma di kedai arab pasti akan minta sos bawang putih extra kerana rasanya sungguh sedap. Sebenarnya sos bawang putih boleh dibuat sendiri di rumah dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.

Bukan sahaja sesuai dipadankan dengan shawarma, sos ini juga sedap dicicah bersama ayam goreng, daging bakar dan lain-lain. Ikuti resepi lengkap perkongsian Afiqah Hairi di bawah.

Baca juga: Resepi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Paling Garing & Senang Je Nak Buat!

CARA BUAT SOS BAWANG PUTIH MACAM DEKAT KEDAI ARAB

SOS BAWANG PUTIH

Sejak tahu buat sos bawang putih sendiri, saya dah tak beli mayonis. Peminat nasi Arab mesti tahu kesedapan sos ini. Resepi saya ini 99.99% sama macam sos garlic dekat kedai Arab. 

Sedap dimakan dengan roti, ayam, nasi, shawarma. Lagi sedap dari mayonis.

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan minyak jagung

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas dan masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung.

2. Kisar sehingga dapat tekstur seperti mayonis.

Sedia untuk dihidangkan. Kalau nak buat lebih, boleh gandakan bahan-bahan di atas.

Simpan di dalam peti ais boleh tahan sehingga 3 bulan.

Mudah kan? Sos bawang putih sesuai dimakan bersama ayam goreng, kentang goreng, shawarma dan lain-lain.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Donut Ball Comel Lembut & Gebu, Nak Lagi Sedap Letak Coklat Macam Ni

Sumber: Facebook Afiqah Hairi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×